Sunday, 4 February 2018

Review Restoran Peribadi: Kantin-Nasi Bajet

Hari ini jumpa ejen insuran Prudential aku Cik Azimah di Ampang. Sebelum jumpa dia, lepak di restoran Kantin-Nasi Bajet dengan geng single ladies. Lama juga kami lepak berbincang tentang masa depan (sembang kencang haha).

Nah review syok sendiri aku:

1) Hiasan dalaman dan luaran

Signboard restoran memang besar-KANTIN. Dari luar nampak biasa. Bila berada di dalam baru rasa syiok. Bersih dan ada usaha untuk menghias walaupun restorannya berkonsep bajet. 3 jam juga kami lepak tadi. Layan...

2) Kebersihan

Restorannya bersih, cuma biasalah ada kucing-kucing yang buat muka kasihan dan manja datang kepada kita. Kucing bawa rezeki, Inshaallah. Cuma, kalau boleh dipasang extra pewangi lagi best rasanya. Kucing memang ada bau semulajadi mereka. Cat lover macam aku memang terus boleh cam bau kucing di meja kami tadi hoho.

3) Kualiti makanan

Jumlah yang perlu kami 3 orang bayar tadi ialah RM15. Menu nasi berlauk untuk 2 orang (aku ambil lauk ayam masak merah + daging goreng + sayur). Kami bertiga minum air yang sama iaitu limau ais. Seorang geng aku tak makan langsung. OK lah kan harganya. 

Kawan aku orang Kelantan. Dia cakap sedap juga lauknya. Dalam skala 5, dia beri 3.5. Bolehlah, kan. Apa lagi yang kita mahu dengan bajet RM5-RM7 seorang termasuk air? Betul?

4) Layanan staf

Masa kami pergi, tak ramai orang. Hari Ahad pukul 12 tengahari. Tak adalah nak berjamu bagai, konsep pun bajet maa. Layan diri OK. Orang isikan nasi pun dah cukup baik. Tak gitu?

Share sikit info tentang restoran:

Kantin-Nasi Bajet
Alamat: 8, Jalan 13B, Kampung Melayu Ampang, 68000 Kuala Lumpur.
FB: Kantin-Nasi Bajet

Selamat menjamu selera!

1 comment:

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...