Monday, 2 April 2018

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 5(Sonamarg)

5) Day 5 (Selasa, 27/3/2018)

Kami gerak ke Sonamarg pada pukul 9.00 pagi. Dalam 81 km dari Srinagar.

Singgah bergambar di ladang mustard. Cantik sangat dengan warna kuning yang memukau.

Cantik kan? Mustard yang cantik, bukan aku. Hoho


Lagi 50 km baru sampai di Sonamarg, yang altitudnya 18, 950 kaki dari aras laut.

Kami sewa jeep untuk naik ke atas. Kuda tak ada. Kami difahamkan Sonamarg baru beberapa hari dibuka. Sebelum ini salji sangat tebal di sini.

Point 1-Ambil gambar.

Point 2-Ambil gambar.

Point 3-Ambil gambar. Tempat Salman Khan ditembak dan masuk ke dalam sungai.

Kerdilnya kita di depan ciptaanNya


Tak berjaya pergi ke Thajiwas Glacier. Katanya kena naik kuda baru boleh naik ke sana. Pesan aku: Hati-hati masa tawar harga nak naik ke semua point. Kami rasa macam ditipu sebab tak diberitahu dari awal yang kami takkan pergi ke Thajiwas Glacier sedangkan kami dah bayar untuk jeep, lengkap ke semua point.

Yang lebih menyakitkan hati sebab terbaca post Anita Yusof yang dia cuma perlu naik jet ski harga 1000 rp (RM60)  untuk naik ke atas dan nampak Thajiwas Glacier dan lokasi Salman Khan reunited with Munni. Hampeh betul. Rasa ralat sangat sebab dah sampai tapi tak dapat merasa tengok Thajiwas Glacier.

Lunch di Snowber Hotel and Restaurant. Aku perasan banyak restoran mesti ada menu Chinese food. Bila tanya Yousof, jawapannya pelancong China sangat ramai di Kashmir sebenarnya. Tapi mereka datang pada musim yang lain. Hmmm.. no wonder lah.

Nak solat di masjid berdekatan dengan restoran tapi Yousof cakap masjid di sini tak benarkan perempuan masuk. Akhirnya Yousof bawa kami ke sebuah masjid kecil yang ada ruang solat wanita. Fuhhhh lega.

Masjid tempat kami tumpang solat


Aku suka baca sticker-sticker pada cermin depan/belakang van/bas di sini. Ada yang lawak, ada yang menginsafkan.

Antaranya:

I proud to be Muslim
My middle finger salutes your attitude (Ini legend bagi aku haha)
GIRL=Ghost In Real Life
Ya Allah
Ma Sha Allah
Live Young Live Free

Sayang sekali aku tak sempat nak snap gambar. Sebab kebanyakan masa aku nampak van/bas itu semuanya sedang bergerak. 

Sampai di houseboat pada pukul 6.00 petang.

Tips:
• Pakai sunblock dan spec mata hitam sebab ada juga kawasan yang panas tau.

• Rate jeep + driver di Sonamarg: 750 rp (RM45) seorang. Negotiable.

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 4(Gulmarg)

4) Day 4 (Isnin, 26/3/2018)

Breakfast roti disapu butter, half-boiled egg, serunding dan kari ayam lebihan lauk malam tadi.
Gerak ke Gulmarg pada pukul 8.55 pagi.

Lalu pekan Umerabad, Narbal, Magam dan Kunzar.

Dalam 2 jam perjalanan, kami sampai di Gulmarg. Kami enjoy habis di sini OK. Naik gondola (phase 1 saja), main jet ski dan sledge. Kami tak cuba main ski sebab majoriti kami yang berumur ada yang sakit lutut.


Gondola di Gulmarg

Stand by nak naik jet ski


Lunch dan solat di Pine House Hotel and Restaurant. Solat dalam bilik hotel di tingkat atas. Alhamdulillah selesa semuanya.

Sampai di houseboat pada pukul 6.00 petang.

Tips:

• Rate sewa but: 100 rp - 200 rp (RM6 - RM12) sepasang. Negotiable.

• Rate gondola:

Phase 1- 350 rp (RM21) seorang.

Phase 2 (atas lagi dari Phase 1) - tambahan 900 rp (RM55) seorang.

Tak negotiable.

• Rate jet ski: 2000 rp (RM120) seorang. Negotiable.

• Rate sledge: 500 rp (RM30) seorang. Negotiable.

• Rate ski: 1000 rp (RM60) seorang. Negotiable.

• Rate tips pelbagai manusia dari pengajar jet ski, photographer, pembawa sledge hinggalah penjaga tandas:  10 rp - 200 rp (RM0.60 - RM12). Standby sajalah duit kecil OK.

• Pakai sunblock dan spec mata hitam sebab direct sun di sini walaupun bersalji.

• Bagi yang tak biasa berjalan di atas salji: Hati-hati, step dengan tapak kaki belakang dulu. Supaya kita grip kuat. Pegang tangan pasangan/kawan kita. Kalau salji agak tebal, boleh terseliuh juga kalau salah langkah, tau.

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 3(Pahalgam)

3) Day 3 (Ahad, 25/3/2018)

Breakfast roti disapu butter, omelette,  serunding, sambal bilis dan teh saffron.

Gerak ke Pahalgam pukul 8.00 pagi. Dalam perjalanan kami terserempak dengan berbondong-bondong lori askar India, membawa askar mereka pulang ke India. Yousof kata sebab Ahad cuti, askar India balik ke rumah mereka sana. Macam tukar shift lah. Ada lagi berbondong-bondong askar India lain yang akan masuk ke Kashmir pula nanti.

Bas-bas membawa askar-askar India

Kalian akan nampak banyak sangat askar India berkawal di Kashmir. Jangan risau. Kashmir selamat sebenarnya. Cuma perjuangan orang Kashmir yang nak merdeka dan bebas dari pengaruh India dan Pakistan buatkan India rasa insecure. Jangan terkejut bila dengar orang Kashmir gelar askar India sebagai "Indian Dogs".

Singgah di kedai dry fruit dan saffron. Minum teh Kahwa (Teh dengan hirisan badam dan herba lain) dan cuba lotion saffron.

Teh Kahwa yang boleh tahan sedap


Lalu di pekan Kaigam, banyak kilang2 cricket bat. Banyak sangat kilang kecil dan kedai menjual cricket bat. Juga ada kilang membuat kayu api untuk memasak.

Lalu pekan 'Islamabad' Kashmir i.e. Anantnag.

Lalu pekan kecil Bijbehara.

3 jam perjalanan, kami sampai ke Pahalgam.

Naik kuda 40 km return dengan banyak cerun yang boleh tahan curam, hampir 90 darjah. Kami ditunjukkan lokasi penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan, Pahalgam Valley dan Kashmir Valley semasa dalam perjalanan menaiki kuda.

Melihat kuatnya kuda membawa kami semua sambil naik dan turun bukit/gunung, no wonder lah wujudnya terma horse power atau kuasa kuda dalam teknologi automotif. Kuda bukan saja laju malah kuat dan banyak berbakti kepada manusia.

Kami dan kuda masing-masing


Kemuncak aktiviti kami di Pahalgam adalah Baisron Valley atau dipanggil Mini Swiss. Kawasannya luas menghijau, dengan view yang sangat-sangat cantik.

Baisron Valley atau Mini Swiss


Aku jumpa famous blogger Fatin Liyana dan Anwar Fasal (AFL) secara kebetulan. FL approach aku untuk minta tolong ambilkan gambar mereka duduk di atas kerusi. Aku kena snap dari belakang, tak nak nampak kaki. Haaa... siapa yang follow IG mereka, ketahuilah di sebalik gambar kerusi hijau itu adalah tangan aku yang snap gambar. Kasi can lah aku nak bagi kredit diri sendiri woiii...hahahha.

Lepak atas kerusi di Baisron Valley


Lunch di Paradise Hotel & Restaurant.

Kashmir banyak sangat anjing. Tak nampak seekor pun kucing. Pada pemerhatian aku, anjing-anjing di sini banyak yang terbiar, tidur tepi jalan saja. Kesian juga tengok. Aku tak rasa di sini ada proper kempen atau program pemandulan macam di Malaysia. Malaysia pun masih bertatih dalam animal rights, inikan  pula tempat macam Kashmir. Moga Allah melindungi segala makhluknya yang lemah. Amin.

Hasil carian Google dan bertanya dengan Yousof, rupanya populasi anjing liar di Kashmir sudah sampai tahap setengah juta. Di sesetengah tempat populasi anjing liar melebihi populasi manusia. Yousof cakap anjing-anjing itu dibawa oleh askar India untuk berkawal, kemudian  ditinggalkan begitu saja. Baka anjing-anjing itu hebat-hebat OK. Tapi orang Islam Kashmir tak boleh sentuh anjing. Maka terbiarlah anjing-anjing di bumi Kashmir. Huhu.

Kashmir memang masih struggling untuk mengawal populasi anjing liar di sini. Setiap tahun terdapat  puluhan ribu kes rakyat Kashmir digigit anjing. Itu belum lagi highlight kes rabies. Aku doakan semoga ada penyelesaian terbaik untuk makhluk setia yang tak bersalah ini. Juga untuk kebajikan rakyat Kashmir juga. Amin.

Sedih woo tengok anjing terbiar macam ini


Oh ya. Jangan terkejut dengan budaya kuat hon pemandu kereta dan motor di sini OK. Signal memang sangat jarang digunakan. Hon memanjang, kadang kuat kadang perlahan. Tahan telinga sajalah OK.

Aku perhatikan di sini banyak kereta dari model Suzuki (Swift), Hyundai dan Toyota. Sampai ke model kereta aku observe hahaha. What to do. Aku memang suka memerhatikan hal sekeliling aku.

Solat dan balik ke houseboat. Sampai di houseboat lebih kurang pukul 7.00 malam.

Tips:

• Kalau nak merasa musim epal, ceri, maple dan walnut- datang Kashmir antara bulan September ke Oktober.

• Kalau nak merasa musim mustard- datang Kashmir antara bulan April ke Mei.

• Bawa seluar dan stokin ekstra. Sebab masa naik kuda ada kawasan yang berlumpur. Kuda pula kencing berak sambil jalan. Lumpur bercampur najis terkena seluar dan kasut kita. Lepas itu nak solat pula, kan. Kenalah diyakini bersih. Betul?

• Pakai sunblock sebab panas juga di sini lebih-lebih lagi di Baisron Valley/Mini Swiss.

•Orang tua dan budak kecil tak berapa disarankan mencuba aktiviti berkuda di sini. Memang thrill habis oiii... Kalau nak juga, at your own risk OK.

• Pergi toilet siap-siap sebelum naik kuda. Cuba elakkan dari pergi toilet di Baisron Valley. Dengan tak ada air, kotornya memang hmmm...taubat maksiat oii.

• Rate sewa but: Antara 100 rp - 200 rp (RM6 - RM12) sepasang. Negotiable.

• Rate kuda: 1000 rp (RM60) seorang. Negotiable.

• Rate toilet: 50 rp ke 10 rp (RM0.30 - RM0.60). Tak negotiable. Nak kencing pun nak nego lagi ke? Hoho.

• Rate Baisron Valley: 20 rp (RM1.20) seorang. Tak negotiable.

• Rate tips orang yang bawa kita naik kuda: Antara 100 rp - 200 rp (RM6 - RM12). Negotiable seikhlas hati.

• Ramai seller shawl, key chain dll. akan approach kita nanti. Kalau tak nak beli cakap elok-elok OK. Orang Kashmir kuat usaha nak menjual tapi boleh terima kalau kita tak mahu.

• Tidur secukupnya setiap malam. Sebab setiap hari jadualnya sama: Keluar awal pagi, balik lewat petang.

• Bawa biskut/Fitbar/air mineral. Kadang-kadang lambat nak tunggu masa lunch/dinner. Kalau lapar nanti hilang pula mood kalian.

• Di Kashmir ada polisi 'No Polythene', iaitu no plastic bag. Polisi ini boleh tahan ketat juga. Maka jangan terkejut kalau kita tak dapat plastik bila beli buah atau barang-barang kecil OK. 

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 1(KL-New Delhi)

1) Hari 1 (Jumaat, 23/3/2018)

Flight kami (Airasia) ke New Delhi ("Delhi") berlepas lebih kurang pukul 7.00 malam (waktu Malaysia).

Semasa di dalam flight pramugara/i akan edarkan borang kecil (Arrival card for passengers-Foreigners only) untuk kalian isi. Isi betul-betul sebab nanti kena serahkan di kaunter di airport Delhi.

Arrival card for foreigners only

Sampai di Delhi pada lebih kurang pukul 10.00 malam (waktu India).

Check-in di hotel Viva Palace pada pukul 11.00 malam. Hotel ini terletak berhampiran airport Delhi. Hotel ini OK bagi kami. Luas juga biliknya. Hotel ini baru dibuka pada penghujung tahun 2017. Sarapan juga OK. Standard 3 bintang kalau di Malaysia. 

Kami tidur sekejap. Esok kami kena bangun seawal jam 5.00 pagi untuk flight domestik ke Srinagar pula.

Tips:

• Waktu di Delhi lambat 2 jam 30 minit dari Malaysia. Jangan lupa setting masa di jam tangan dan smartphone (termasuk apps untuk solat) kepada masa India OK!

• Kalau travel lebih dari 1 group/teksi: 

Pastikan SETIAP group/teksi ada info tentang hotel; nama hotel, alamat dan nombor telefon. Sebab? Sebab kadang-kadang pemandu teksi samada buat-buat sesat (untuk dapatkan tambang/tips lebih) atau memang betul-betul sesat.

•Jangan terkejut dengan cara orang Delhi memandu. Memang scary! Banyakkan berdoa semoga trip kita lancar dan tak ditipu.

Teksi kami menghentam kuat sebuah van semasa kami sesat nak cari hotel (betul-betul sesat). Memang trauma OK! Huhu.  Pemandu teksi selamba saja memecut laju (lari lah apa lagi). Nasib baik lepas sampai hotel dia tak minta tips. Fuhh lega.

• Pilih hotel yang dapat rating dan komen positif. Dari pencarian kami, memang hotel-hotel di Delhi jenis no window. Sebab bandarnya sangat berdebu. Lagi satu, pilih hotel yang luas (spacious). Banyak hotel di Delhi jenis yang sempit sebab tanah yang terhad. Ada kawan aku dulu siap terpaksa solat di atas katil sebab tersalah book hotel yang sempit.


Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Intro

Alhamdulillah aku berjaya ke Kashmir (the Paradise on Earth atau syurga dunia) pada 23/3/2018 - 31/3 2018. Bajet kasar hangus dalam RM3k(flight + ground package + belanja/shopping) juga trip kali ini. Lain orang lain bajet OK. Janji happy. 

Post agak panjang, tapi Inshaallah cukup untuk rujukan kalian. Aku buat 12 post khas untuk Kashmir saja. Sebab? Sebab perjalanan dan pengalaman kami di sini sangat worth writing.

Yang dah pernah sampai di Kashmir:

Mungkin perspektif kita berbeza. Sama-sama kongsi ilmu dan pengalaman OK.

Yang belum pernah sampai di Kashmir:

Aku doakan kalian semua sampai di sini.

Untuk semua yang sudi membaca:

Jangan risau akan peluang untuk travel ke sana sini macam orang lain. Percayalah, semuanya dalam rancangan Allah. Ada rezeki nak travel, sampailah kalian ke tempatnya.

Aku sendiri pun dapat travel semula lepas 2 tahun gersang sebab ada komitmen besar. Kawan-kawan lain dah jauh melangkah, aku masih merangkak. 

Yakin pada rezeki Allah OK. Yang penting pengalaman dan pengajaran dari travel itu sendiri. Biar dengan travel semakin kita merendah diri, bukan meninggi diri. Biar meresap dalam hati, bukan meresap hanya di IG dan FB.

Selamat membaca dan enjoy your trip!


Wednesday, 28 March 2018

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 2(New Delhi-Srinagar, Kashmir)

2) Hari 2 (Sabtu, 24/3/2018)

Kami breakfast di hotel Viva Palace. Makanannya sangat basic tapi OK, sedap. Ada capati, pasta, nasi goreng, buah, cornflakes, teh/kopi panas dan jus buah.

Bergambar depan hotel Viva Palace

Flight family Weeda/Farid (Spice Jet) akan depart on time lebih kurang pukul 9.30 pagi (tak ingat actual timing). Family Weeda/Farid akan sampai dulu di airport Srinagar. Flight kami (Air India) pula delay dari pukul 7.25 pagi ke 10.45 pagi. Transfer dari hotel ke airport Delhi pada pukul 8.00 pagi. Kemudian naik flight ke Srinagar.

Aku suka warm service yang diberikan oleh krew kabin Air India. Kami diberikan refreshment roti berinti, kuih dicicah dengan kuah dal, ladu (my favorite, sangat-sangat fresh dan sedap), teh/kopi panas dan air mineral.

Semasa dah nak sampai, ada announcement cakap boleh tengok view gunung-ganang yang diliputi salji melalui tingkap. Semua penumpang pun pakatlah berdiri pergi ke tingkap, sebab nak tengok view gunung-ganang yang bersalji. Memang cantik sungguh walaupun hanya nampak dari jauh saja.

View gunung-ganang bersalji dari dalam flight

Kami touch down di airport Srinagar pada pukul 12.00 tengahari. Ada arrival/departure form yang perlu diisi di airport Srinagar. Standby pen, tiket, passport/visa dan maklumat tour guide (nama, alamat dan no telefon). Kalau malas isi, boleh upah orang di kaunter untuk isikan. Kami gigih isi sendiri OK. Berdikari itu penting, sambil jimat duit. Hehe.

Arrival/departure form

Tour guide kami dan family Weeda/Farid dah tunggu kami dalam van untuk lunch dan check in di houseboat.Tour guide kami namanya Yousof. Laku keras Yousof ini di FB page Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Driver dia namanya Altaf.

Kami singgah lunch di restoran Mughal Darbar. Kemudian kami gerak ke Badamvaer atau Almond Garden. View memang cantik, siap rasa macam cherry blossom season di Jepun lagi. 

Badamvaer dengan my mom

Singgah beli kain pasang di Kashmir Art Centre di Srinagar. Harga di sini tak murah mana. Terpulang nak beli atau tak. Better bandingkan dulu dengan harga di tempat lain OK. Jangan terburu-buru. 

                          Kashmir Art Centre

Check in di houseboat. Kami duduk 6 malam di houseboat Silver Street di Dal Lake, walaupun rancangan asal nak merasa juga 3 malam di hotel.

Ada 2 lokasi houseboat di Kashmir:

1. Dal Lake - Banyak sangat houseboat di sini. Kawasan ini juga sesak dengan manusia dan kenderaan.

2. Nigeen Lake-Tenang, tak terlalu banyak houseboat dan kurang orang. Semasa dalam flight, sempat aku sembang dengan anak pemilik salah sebuah houseboat di sini, Nigeen Paradise. Namanya Asiya. Dia cakap next time duduk di kawasan Nigeen Lake. Katanya lagi, Nigeen Lake juga digemari oleh European sebab lebih tenang berbanding Dal Lake.

Kalau berminat boleh contact Asiya:

0525787767 Asiya


Tips:

• Ramai orang cakap flight delay di Srinagar perkara biasa. Jangan frust sangat OK. Inshaallah cukup masa nak cover semua benda di Kashmir.

• Kalau nampak signboard bertulis J & K:
J & K bermaksud Jammu & Kashmir. Contohnya J & K Police, J & K Municipal. Jammu terletak lebih kurang 300km dari Kashmir. Kalau ada masa boleh tambah dalam itinerari kalian OK. Maaf, aku tak cover Jammu dalam trip ini.

• Makanan di restoran Mughal Darbar boleh tahan kuat rempahnya. Jangan lupa standby ubat cirit atau gastrik OK. Restoran lain pun sama juga makanannya, berempah. Sedap tapi kena beringat sikitlah. Jaga perut OK. Nanti kacau plan kita nak jalan-jalan.

• Rate Badamvaer atau Almond Garden: 20 rp (RM1.20) seorang.

• Pastikan houseboat ada tandas di SETIAP bilik. Privacy kita perlu dijaga. Lagi satu, please lower your expectation. Sebab di houseboat kadang-kadang air paip tak berapa panas, warmer/heater tak berfungsi sangat dan ada masa tak ada elektrik. Kalau kalian tak boleh tolerate hal begini, aku cadangkan kalian book hotel. Atau pun hanya merasa 1 malam saja di houseboat. Terpulang pada kalian OK.

Thursday, 8 March 2018

Selamat Hari Wanita Sedunia 2018

Hari Wanita tahun ini buat aku fikir sesuatu:

Walaupun aku pernah benci jadi perempuan dan nak sangat-sangat jadi lelaki, aku tetap perempuan. Tetap ada masa kena pakai blaus, kurung, skirt labuh dan jubah. Tetap terbatas dari segi kudrat dan emosi. Macam mana kuat pun aku rasa, aku tetap perempuan. Tetap kena usaha jaga batas-batas yang ada. Tetap kena 'embrace' kurniaan Allah pada aku sebagai perempuan.

Perempuan yang berjiwa lelaki. Apa ada hal?

Mak aku dulu mengidam rokok masa mengandungkan aku. Rasa-rasa jadi penyebab tak aku kurang keperempuanan? Kahkahkah.

Apa pun, jadilah diri sendiri OK. Terima diri seadanya dan hidup dengan seribu kekuatan.

Selamat Hari Wanita.

Cik Fairuz, seorang wanita. Ughhhhh.

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...