4) Day 4 (Isnin, 26/3/2018)
Breakfast roti disapu butter, half-boiled egg, serunding dan kari ayam lebihan lauk malam tadi.
Gerak ke Gulmarg pada pukul 8.55 pagi.
Lalu pekan Umerabad, Narbal, Magam dan Kunzar.
Dalam 2 jam perjalanan, kami sampai di Gulmarg. Kami enjoy habis di sini OK. Naik gondola (phase 1 saja), main jet ski dan sledge. Kami tak cuba main ski sebab majoriti kami yang berumur ada yang sakit lutut.
Gondola di Gulmarg |
Stand by nak naik jet ski |
Lunch dan solat di Pine House Hotel and Restaurant. Solat dalam bilik hotel di tingkat atas. Alhamdulillah selesa semuanya.
Sampai di houseboat pada pukul 6.00 petang.
Tips:
• Rate sewa but: 100 rp - 200 rp (RM6 - RM12) sepasang. Negotiable.
• Rate gondola:
Phase 1- 350 rp (RM21) seorang.
Phase 2 (atas lagi dari Phase 1) - tambahan 900 rp (RM55) seorang.
Tak negotiable.
• Rate jet ski: 2000 rp (RM120) seorang. Negotiable.
• Rate sledge: 500 rp (RM30) seorang. Negotiable.
• Rate ski: 1000 rp (RM60) seorang. Negotiable.
• Rate tips pelbagai manusia dari pengajar jet ski, photographer, pembawa sledge hinggalah penjaga tandas: 10 rp - 200 rp (RM0.60 - RM12). Standby sajalah duit kecil OK.
• Pakai sunblock dan spec mata hitam sebab direct sun di sini walaupun bersalji.
• Bagi yang tak biasa berjalan di atas salji: Hati-hati, step dengan tapak kaki belakang dulu. Supaya kita grip kuat. Pegang tangan pasangan/kawan kita. Kalau salji agak tebal, boleh terseliuh juga kalau salah langkah, tau.
No comments:
Post a Comment