8) Day 8 (Jumaat, 30/3/2018)
Menikmati awal pagi di Kashmir pada pukul 6.20 pagi. Cantik sangat view pagi di Dal Lake ini.
Breakfast kemudian gerak ke airport Srinagar pada pukul 8.15 pagi.
Kami keluar awal serentak walaupun ada antara kami yang menaiki flight Spice Jet, yang lain waktu departure nya. Flight Spice Jet depart ke Delhi pada pukul 12.20 tengahari. Flight kami (Air India) pula delay dari pukul 2.20 petang ke 3.00 petang.
Di airport Srinagar ada 8 kali check samada beg/diri/boarding pass. 1 di luar airport(beg dan diri) dan selebihnya di dalam airport. No hand luggage langsung except backpack (walaupun Air India sebenarnya beri 8kg hand luggage allowance). Air botol boleh tapi syaratnya kita pegang, bukan letak dalam beg. Apapun semuanya mungkin bergantung kepada rezeki individu. Alhamdulillah mudah semuanya untuk kami.
Kami solat jamak Zuhur dan Asar di airport Srinagar. Takut tak sempat bila sampai di Delhi nanti. Flight Air India delay lagi dari pukul 3.00 petang ke 3.30 petang.
Flight berhenti pula di Jammu. Announcement dibuat, penumpang yang ke Delhi diminta untuk remain on the seat. Rupanya ada penumpang yang turun di sini. Ada juga yang baru naik flight di sini. Barulah aku tahu boleh jadi begini. Macam naik turun bas gamaknya haha.
Kami sampai di airport Delhi pada pukul 5.45 petang. Lepas collect baggage dan makan KFC, kami solat jamak Maghrib dan Isyak di airport Delhi. Seingat aku di airport Delhi pun paling kurang 5 kali check beg/diri/boarding pass sebelum naik flight.
Flight kami ke KL (Air Asia) delay dari pukul 11.00 malam kepada 11.30 malam. Flight akhirnya depart ke KL pada pukul 11.55 malam.
Tips:
• Jangan gatal tangan snap gambar masa sampai di airport Srinagar. Simpan terus kamera atau smartphone kalian OK. Ada yang kena tangkap oleh askar India nanti. Di sini sangat-sangat strict OK. Jangan menyusahkan orang lain sebab tindakan kita.
• Selesaikan segala bayaran dengan tour guide sebelum sampai di airport Srinagar. Sebab di airport nanti tour guide tak dibenarkan ikut langsung. Driver pun dibenarkan sebab nak drop kan kami saja.
• Wakilkan seorang ahli trip kita untuk tunjukkan tiket kepada askar India yang berkawal di gate airport. Aku cuma beritahu siap-siap, walaupun tour guide pun akan ajar benda yang sama nanti.
•Standby pen, tiket, passport/visa dan maklumat tour guide (nama, alamat dan no telefon) untuk isi borang departure (sama format macam arrival form). Kalau malas fikir boleh upah orang di kaunter untuk tolong isikan.
No comments:
Post a Comment