Friday 27 April 2018

Saya Minta Maaf

Kereta meluncur mengelilingi kawasan perumahan. Di kerusi belakang berdiri kucing aku yang gedik, Keanu. Seakan rutin aku sekarang, membawa Keanu pusing kawasan perumahan menaiki kereta sebelum aku ke tempat kerja.

Nak membelok ke lorong rumah aku, aku terlebih ambil jalan. Tak perasan pula ada motosikal nak keluar dari lorong yang sama. Bammmm! Aku cuba brek tapi rasanya kena juga motosikal itu.

"Kau dah gila? Nak bunuh aku ke? Tak nampak ke aku ni hah? Bawak kereta macam apa bla bla bla bla bla bla".

Jiran aku rupanya. Panjang dia memaki aku. Terkejut aku. Selama ini nampak pendiam saja orangnya.

"Encik jiran saya kan. Sorry saya terlebih belok tadi, tak perasan motor encik. Saya nak settle aje ni. Motor OK?"

"Gila bawak kereta bla bla bla bla bla bla bla bla".

Panjang maki dia ini. Terus aku terfikir sesuatu.

"Encik, saya minta maaf. Saya...".

Belum sempat habis ayat aku dia dah jawab.

"OK, tak apa. Awak jiran saya kan. Saya cuba dulu naik motor ni pergi kerja. Nanti saya update awak OK".

Lepas aku minta maaf hilang terus maki hamun dia. Suara berubah jadi lemah lembut. Perwatakan pendiam dia datang kembali. Keluar jugalah senyum kelat walaupun sebelumnya muka macam singa kelaparan.

"Saya minta maaf"

Amalkanlah selalu ya. Jangan menegakkan benang yang basah kalau memang kita yang salah. Orang tengah marah, biarkan dia dulu. Kemudian kita 'bunuh' ego dan rasa marah dia dengan kata-kata maaf. Akhir sekali terus selesaikan dengan cara baik. Kita manusia, kan. Banyak buat silap. Janganlah ego sangat.

Amacam, OK?

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...