Monday, 2 April 2018

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 6(Wullar Vantage Park + Mughal Tulip Garden + Shikara Dal Lake Sightseeing)

6) Day 6 (Rabu, 28/3/2018)

Kami gerak ke Yousmarg pada pukul 8.45 pagi. Isteri dan anak Yousof tumpang van kami untuk ke sekolah anak dia. Cutie pie anak dia.

Dalam perjalanan ke Yousmarg, ada upacara memperingati peristiwa askar india menembak rakyat Kashmir. Kami terpaksa berpatah balik. Yousof kata dia bawa kami ke Wullar Lake (Wullar Vantage Park).

Dalam perjalanan, aku perasan iklan syarikat HK Cement di merata-merata di Kashmir ini. Pergi mana-mana pun mesti ada punya. Kalau telco pula iklan Airtel, Jio dan Aircel paling banyak. Iklan di sini banyaknya berupa cat di dinding saja, samada di bangunan tepi jalan atau di kedai-kedai dalam pekan. Senang, bukan?

Iklan simen paling glamour di Kashmir


Kalau stesen minyak pula  setakat pemerhatian aku cuma ada 2 syarikat iaitu Indian Oil dan Bharat Petroleum.

Lalu pekan Bandipora, Sonarwani dan Hazratbal. Kawasannya panas terik, kering dan berdebu. Struktur jalan pula aduhaiii sangat-sangat bumpy dan berbatu. Sabar sajalah.

Sampai di Wullar Vantage Park pukul 11.30 pagi. Lepak-lepak ambil gambar, kutip sampah sikit-sikit. Cuaca panas sungguh di sini. View memang cantik cuma sayang, tasiknya kering dek cuaca panas terik berhari-hari. 


Wullar Vantage Park

Aku cuba edit gambar yang diambil. Tapi tetap yang aku snap juga yang paling cantik. Sudahnya aku decide to do justice to Kashmir: No editing of pictures except cropping. Betullah orang cakap, tak perlu kamera canggih sangat pun untuk snap gambar di Kashmir. Bagaimana mata memandang, begitulah yang terhasil di dalam gambar. Subhanallah.

Melayan perasaan di bumi Kashmir muehehe


Oh, by the way aku cuma pakai smartphone Samsung Galaxy J7+ dan sesekali pakai action camera Eken 4K sepanjang trip kami.

Kami nampak another side of Yousof. Dia buat keputusan sendiri untuk divert dari plan asal ke Yousmarg. Bila kami ajak balik ke Srinagar untuk tengok tulip dia tak mahu. Tetap nak ikut plan dia juga. Bila kami argue dia cakap tak pernah lagi klien dia tak happy macam kami. Pulakkkk..Tapi lepas beberapa ketika Yousof sendiri cakap hari ini dia bawa kami tengok tulip. Esok pagi dia bawa kami ke Yousmarg. OK lega hati kami. Hehe.

Singgah lunch dan solat Zuhur di Sunset Boulevard Restaurant. Kami dapat solat di rumah owner restoran sendiri. Subhanallah cantik sangat rumahnya. Sangat-sangat luas, bersih dan selesa. Sempat berkenalan dengan seorang perempuan (Yasmin) dan anaknya Manha. Sempat aku berseloroh mengatakan nama aku kombinasi nama Fairuz dan nama dia, Yasmin. Dia gelak saja. Baik-baik belaka orang yang kami jumpa hari ini. Alhamdulillah. Oh, aku belajar sesuatu hari ini. Owner restoran ada meletakkan ayat ini: Innallahakhairurraziqin. Allah jualah sebaik2 pemberi rezeki. Benar. Sangat benar.

Rumah owner restoran yang fuhhh cantik sungguh


Lalu di Dal Lake. Besar sungguh Dal Lake ini rupanya. Houseboat kami sendiri pun terletak di salah satu bahagian Dal Lake. Mereka siap ada kempen 'Save Dal Lake' dan 'Keep Dal Lake Clean' lagi untuk memastikan kebersihan Dal Lake.

Melawat Mughal Tulip Garden, tak jauh dari Dal Lake. Bergambar sakan oiii. Tulip belum full bloom lagi masa kami sampai. Mungkin seminggu dua lagi baru full bloom. Tapi tetap cantik viewnya.

Beautiful tulips in Mughal Garden


Sightseeing  naik bot Shikara1 jam di Dal Lake. Memang cantik sungguh pemandangan di sini. Tenang saja rasanya. Tapi ada masa tiba-tiba ada bot Shikara lain datang menjual dari souvenir, makanan macam chicken/mutton tikka hinggalah ke saffron. Kalau tak nak beli, cakap saja tak nak dan ucap 'Thank You' sambil senyum. Mereka OK saja. Siap cakap 'I have tried my best'. Doakan mereka murah rezeki. Begitulah cara mereka mencari duit untuk survive di sini. Hidup mereka tak sama macam kita. Hormat mereka seadanya OK.

Nak beli air mineral dari salah satu shikara. Tengok airnya berbuih dan tutupnya macam dah berbuka. Terus teringat pernah baca di blog mat salleh mana entah, sesetengah mereka hanya refill air biasa dalam botol mineral. Lepas itu jual pada harga standard air mineral. Terus tak jadi beli. Beli air jus 2 kotak saja. Bila beri 100 rp dia cakap tak ada small change. Macam tak nak pulangkan baki. Terus aku buka purse dan beri 50 rp genap. Aku minta dia pulangkan duit 100 rp aku tadi. Hati-hati ya semua. Ini taktik sebahagian dari mereka untuk tidak memulangkan duit baki kita. Bukan semua begitu tapi pesan aku, berhati-hati.

Bot Shikara menyusuri Dal Lake


Lepas dinner sepupu Farouk(Farouk=Orang yang jaga kami di houseboat uruskan makan minum etc) datang menjual kain pasang, pashmina, kaftan etc. Walaupun orang selalu kata penjual di houseboat letak harga mahal, kami rasa kami dapat harga yang OK. Partly sebab kami beli banyak.

Dapatlah ada antara kami beli kain pasang RM30 sehelai, sari gorgette RM120 sehelai dan pashmina(jenis tebal macam alas meja) RM3 sehelai. Aku tak beli langsung sebab tak ada yang aku berkenan. Maybe esok aku cari di tempat lain.

Tips:

- Rate sightseeing bot Shikara 1 jam - 350 rp (RM22) seorang. Tak negotiable.

- Rate Tulip Garden - 59 rp (RM4) seorang. Tak negotiable.

- Tawar kaw-kaw dengan seller di houseboat kalau betul-betul berminat. Ikut nasib kadang-kadang dapat murah sungguh. Kadang-kadang dapat mahal sungguh. Kalau sempat lebih baik banding-bandingkan harga di beberapa lokasi dulu sebelum beli.


No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...