Monday, 2 April 2018

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 3(Pahalgam)

3) Day 3 (Ahad, 25/3/2018)

Breakfast roti disapu butter, omelette,  serunding, sambal bilis dan teh saffron.

Gerak ke Pahalgam pukul 8.00 pagi. Dalam perjalanan kami terserempak dengan berbondong-bondong lori askar India, membawa askar mereka pulang ke India. Yousof kata sebab Ahad cuti, askar India balik ke rumah mereka sana. Macam tukar shift lah. Ada lagi berbondong-bondong askar India lain yang akan masuk ke Kashmir pula nanti.

Bas-bas membawa askar-askar India

Kalian akan nampak banyak sangat askar India berkawal di Kashmir. Jangan risau. Kashmir selamat sebenarnya. Cuma perjuangan orang Kashmir yang nak merdeka dan bebas dari pengaruh India dan Pakistan buatkan India rasa insecure. Jangan terkejut bila dengar orang Kashmir gelar askar India sebagai "Indian Dogs".

Singgah di kedai dry fruit dan saffron. Minum teh Kahwa (Teh dengan hirisan badam dan herba lain) dan cuba lotion saffron.

Teh Kahwa yang boleh tahan sedap


Lalu di pekan Kaigam, banyak kilang2 cricket bat. Banyak sangat kilang kecil dan kedai menjual cricket bat. Juga ada kilang membuat kayu api untuk memasak.

Lalu pekan 'Islamabad' Kashmir i.e. Anantnag.

Lalu pekan kecil Bijbehara.

3 jam perjalanan, kami sampai ke Pahalgam.

Naik kuda 40 km return dengan banyak cerun yang boleh tahan curam, hampir 90 darjah. Kami ditunjukkan lokasi penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan, Pahalgam Valley dan Kashmir Valley semasa dalam perjalanan menaiki kuda.

Melihat kuatnya kuda membawa kami semua sambil naik dan turun bukit/gunung, no wonder lah wujudnya terma horse power atau kuasa kuda dalam teknologi automotif. Kuda bukan saja laju malah kuat dan banyak berbakti kepada manusia.

Kami dan kuda masing-masing


Kemuncak aktiviti kami di Pahalgam adalah Baisron Valley atau dipanggil Mini Swiss. Kawasannya luas menghijau, dengan view yang sangat-sangat cantik.

Baisron Valley atau Mini Swiss


Aku jumpa famous blogger Fatin Liyana dan Anwar Fasal (AFL) secara kebetulan. FL approach aku untuk minta tolong ambilkan gambar mereka duduk di atas kerusi. Aku kena snap dari belakang, tak nak nampak kaki. Haaa... siapa yang follow IG mereka, ketahuilah di sebalik gambar kerusi hijau itu adalah tangan aku yang snap gambar. Kasi can lah aku nak bagi kredit diri sendiri woiii...hahahha.

Lepak atas kerusi di Baisron Valley


Lunch di Paradise Hotel & Restaurant.

Kashmir banyak sangat anjing. Tak nampak seekor pun kucing. Pada pemerhatian aku, anjing-anjing di sini banyak yang terbiar, tidur tepi jalan saja. Kesian juga tengok. Aku tak rasa di sini ada proper kempen atau program pemandulan macam di Malaysia. Malaysia pun masih bertatih dalam animal rights, inikan  pula tempat macam Kashmir. Moga Allah melindungi segala makhluknya yang lemah. Amin.

Hasil carian Google dan bertanya dengan Yousof, rupanya populasi anjing liar di Kashmir sudah sampai tahap setengah juta. Di sesetengah tempat populasi anjing liar melebihi populasi manusia. Yousof cakap anjing-anjing itu dibawa oleh askar India untuk berkawal, kemudian  ditinggalkan begitu saja. Baka anjing-anjing itu hebat-hebat OK. Tapi orang Islam Kashmir tak boleh sentuh anjing. Maka terbiarlah anjing-anjing di bumi Kashmir. Huhu.

Kashmir memang masih struggling untuk mengawal populasi anjing liar di sini. Setiap tahun terdapat  puluhan ribu kes rakyat Kashmir digigit anjing. Itu belum lagi highlight kes rabies. Aku doakan semoga ada penyelesaian terbaik untuk makhluk setia yang tak bersalah ini. Juga untuk kebajikan rakyat Kashmir juga. Amin.

Sedih woo tengok anjing terbiar macam ini


Oh ya. Jangan terkejut dengan budaya kuat hon pemandu kereta dan motor di sini OK. Signal memang sangat jarang digunakan. Hon memanjang, kadang kuat kadang perlahan. Tahan telinga sajalah OK.

Aku perhatikan di sini banyak kereta dari model Suzuki (Swift), Hyundai dan Toyota. Sampai ke model kereta aku observe hahaha. What to do. Aku memang suka memerhatikan hal sekeliling aku.

Solat dan balik ke houseboat. Sampai di houseboat lebih kurang pukul 7.00 malam.

Tips:

• Kalau nak merasa musim epal, ceri, maple dan walnut- datang Kashmir antara bulan September ke Oktober.

• Kalau nak merasa musim mustard- datang Kashmir antara bulan April ke Mei.

• Bawa seluar dan stokin ekstra. Sebab masa naik kuda ada kawasan yang berlumpur. Kuda pula kencing berak sambil jalan. Lumpur bercampur najis terkena seluar dan kasut kita. Lepas itu nak solat pula, kan. Kenalah diyakini bersih. Betul?

• Pakai sunblock sebab panas juga di sini lebih-lebih lagi di Baisron Valley/Mini Swiss.

•Orang tua dan budak kecil tak berapa disarankan mencuba aktiviti berkuda di sini. Memang thrill habis oiii... Kalau nak juga, at your own risk OK.

• Pergi toilet siap-siap sebelum naik kuda. Cuba elakkan dari pergi toilet di Baisron Valley. Dengan tak ada air, kotornya memang hmmm...taubat maksiat oii.

• Rate sewa but: Antara 100 rp - 200 rp (RM6 - RM12) sepasang. Negotiable.

• Rate kuda: 1000 rp (RM60) seorang. Negotiable.

• Rate toilet: 50 rp ke 10 rp (RM0.30 - RM0.60). Tak negotiable. Nak kencing pun nak nego lagi ke? Hoho.

• Rate Baisron Valley: 20 rp (RM1.20) seorang. Tak negotiable.

• Rate tips orang yang bawa kita naik kuda: Antara 100 rp - 200 rp (RM6 - RM12). Negotiable seikhlas hati.

• Ramai seller shawl, key chain dll. akan approach kita nanti. Kalau tak nak beli cakap elok-elok OK. Orang Kashmir kuat usaha nak menjual tapi boleh terima kalau kita tak mahu.

• Tidur secukupnya setiap malam. Sebab setiap hari jadualnya sama: Keluar awal pagi, balik lewat petang.

• Bawa biskut/Fitbar/air mineral. Kadang-kadang lambat nak tunggu masa lunch/dinner. Kalau lapar nanti hilang pula mood kalian.

• Di Kashmir ada polisi 'No Polythene', iaitu no plastic bag. Polisi ini boleh tahan ketat juga. Maka jangan terkejut kalau kita tak dapat plastik bila beli buah atau barang-barang kecil OK. 

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...