Friday, 30 June 2017

Simptom lupa dan kesan aktiviti rutin

Pagi-pagi bawa kereta ke pejabat.

Tengahari bawa kereta ke open house kawan sepejabat.

Malam hari naik LRT ke stesen dekat dengan rumah.

Kereta tertinggal di pejabat!

Alahai nasib.

Patah balik naik LRT ke pejabat.

Lapar!

Sekian.

Thursday, 29 June 2017

Coretan buat adik

Adik bongsu aku kerja cikgu tadika Little Caliph. Adik aku pernah tak dapat teruskan Degree sebab tak lulus dalam beberapa subjek. Sejak itu adik aku macam trauma nak sambung belajar dan terus bekerja sebagai cikgu tadika.

Gaji adik aku tak besar pun. Tapi adik aku nampak sangat happy dengan kerja dia. Malah dalam diam, kawan aku yang nak buka tadika dah 'usha' adik aku, untuk bekerja di tadikanya nanti. Sebab adik aku dah berpengalaman dan memang komited dalam kerjanya.

Ini cuma salah satu hasil kerja adik aku untuk anak-anak muridnya. Adik aku selalu berjaga malam untuk buat hasil kerja begini. Banding dengan aku yang selalu krohhhh...krohhhhh.. malam-malam. Work-life balancelah katakan. Haha.

Dari pemerhatian aku, orang yang kerja bidang pendidikan memang begini. Selalu go extra miles demi anak-anak murid. Buat adikku yang kuat bekerja walaupun gaji tak besar:

Aku bangga dengan kau. Kaulah inspirasi aku dan kawan aku yang nak buka tadika itu. Kita kena suka kerja kita. Barulah datang semangat yang berkobar-kobar untuk bekerja dan menyumbang kepada orang lain. Teruskan, adik! Aku doakan kau bahagia dunia dan akhirat. Aminn.

Tuesday, 27 June 2017

Hidup Kita yang Pathetic

Hidup hari ini untuk bermegah-megah
Mengejar viral dan likes tak sudah-sudah
Biar hilang malu dan maruah
Biar lupa hukum dan sunnah
Janji pujian manusia melimpah
Sedihnya hidup kita sekarang
Kurangnya kasih sayang kita sekarang
Hingga kita mengharap belas ibu jari di laman maya

Monday, 26 June 2017

Review Filem Peribadi: Transformers: The Last Knight

Review kali ini tentang filem Transformers: The Last Knight. Berikut review peribadi aku OK. Tak pakar pun bab review filem, tau. Hehe.

1) Jalan cerita

Bagi aku, ceritanya mudah tapi disemakkan dengan terlalu banyak flashback dan comeback.

Two World Collides. One survive.

Planet Bumi bertemu planet Unicron. Optimus Prime didoktrinkan oleh so called penciptanya, Quintessa untuk mendapatkan tongkat sakti dan seterusnya memusnahkan manusia dan planet Bumi.

Dari manakah tongkat sakti itu wujud? Dari Zaman Gelap Britain 1600 tahun dahulu. Pada masa itu Transformers telah pun membantu Merlin untuk menyelamatkan bala tentera King Arthur dalam peperangan, melalui kuasa dari tongkat sakti. Pada Merlin, Transformers berpesan bahawa tongkat sakti itu haruslah disimpan rapi, kerana ada kuasa yang akan cuba merampasnya nanti.

Selepas 1600 tahun, planet Bumi menyaksikan Zaman Gelap Transformers, yang telah diisytiharkan haram oleh kerajaan. Muncullah Cade Yeager ( Mark Wahlberg), so called penyelamat dunia yang berusaha keras mengumpulkan semula autobots di sebuah pusat besi buruk.

Pada zaman ini, planet Bumi berdepan dengan serangan skala kecil Decepticon setiap hari. Muncul juga fenomena pelik penemuan tanduk di seluruh dunia, yang mencetuskan tanda tanya.

Di Britain, Viviane (Laura Haddock) digambarkan sebagai seorang ahli akademik yang selalu mengajarkan sejarah silam Britain. Walaupun dia sendiri tak percaya dengan kisah-kisah tersebut.

Yade dan Viviane dipertemukan oleh Folgan (Anthony Hopkins). Folgan menerangkan tentang pentingnya mereka mendapatkan tongkat sakti peninggalan Merlin untuk menyelamatkan planet Bumi yang semakin kerap diserang dan hampir kiamat. Rupanya kunci kepada penemuan tongkat sakti itu hanya boleh diberikan oleh Viviane, yang ada di dalam bilik ayahnya.

Optimus Prime berjaya diselamatkan dari pengaruh jahat Quintessa. Bersama Cade dan Viviane, mereka perlu mendapatkan tongkat sakti dari Quintessa, demi menyelamatkan planet bumi. Bukan tugas mudah tetapi mereka akhirnya berjaya melakukannya.

Yeay, planet Bumi menang! 😊

2) Effect

Menggunakan teknologi IMAX 3D, aku khayal jugalah dengan attention to detail dalam filem ini. Bagi aku, aku tertarik melihat saat-saat terakhir semasa Transformers, Cade dan Viviane cuba memasuki bilik Quintesa. Gambaran keruntuhan serpihan-serpihan kapal angkasa Quintessa, bagi aku memang mengkhayalkan. Tak tahulah bagi orang lain. Haha.

Kalian nilaikan sendirilah OK. Aku tak pakar sangat bab teknologi begini. Hehe.

3) Pelakon

Aku rasa, watak yang aku sebut namanya di atas saja yang relevan haha. Watak Izabela dan Squeeks sangat annoying, walaupun pada saat akhir mereka berjaya meletupkan kereta kebal Decepticon. Watak butler kepada Folgan pun bagi aku OK saja kalau tak ada. Walaupun dialog butler itu kelakar dan menghiburkan.

Kalau kalian tengok filem ini nanti, mungkin kalian faham apa yang aku maksudkan. Aku tak kisah banyak watak autobots, tapi bila terlalu banyak watak manusia aku jadi pening sikit.

4) Kesimpulan

Keseluruhannya, filem ini bukan filem yang aku rasa nak tonton banyak kali. OK saja, tapi entahlah. Rasa semak. Macam hilang hala tuju. Kalau kalian nak cuba menonton, silakanlah. Mungkin pandangan kalian tak sama dengan pandangan aku. Peace!

Sunday, 25 June 2017

Raya 2017: Raikan Hidup

Selamat Hari Raya 2017 buat yang sudi membaca post aku. Aku sekarang lebih suka post di blog tentang sisi hidup aku, berbanding di FB atau IG.

Ramadhan 2017 bermula agak baik. Apa yang dirancang menjadi kenyataan. Aku memilih untuk memaafkan dan berlapang dada dengan segala ketentuan Allah. Sungguh, kita ini terlalu kerdil di sisiNya. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah berikan buat kita. Jagalah hubungan sesama manusia. Hentikan kebencian dan kemarahan. Mulakan dari diri kita sendiri. Inshaallah ianya akan merebak kepada yang lain.

Raya 2017 kami di Melaka. Alhamdulillah, kesemua kami beraya di Melaka biarpun rumah arwah atuk dan nenek tak seperti dulu dan agak terbiar. Dalam beraya, ada sedih dan gembira. Sedih sebab mengenangkan mereka yang dah tiada macam arwah atuk, nenek, Pak Teh, Pak Ngah dan Nek Busu. Gembira sebab dapat meraikan hari raya dengan mak, ayah, adik-adik, anak buah dan saudara-mara.

Raya 2017 aku penuh jadualnya. Minggu depan aku ke Penang Inshaallah. Minggu ketiga dan keempat Julai aku ke workshop melukis anjuran Maybank Inshaallah. Tak pasti lagi samada aku buat mini open house tak tahun ini di Kinrara. Kena tengok masa dan bajet juga haha.

Buat kenang-kenangan, aku kongsikan gambar-gambar yang diambil sepanjang hari raya pertama 2017. Alhamdulillah.

Monday, 19 June 2017

Tribute buat anak-anak kita yang telah pergi

Pada lembutnya wajah anak
Harapan mak ayah besar tak terkata
Pada kerasnya bahu anak
Moga kuat menggalas segala senjata
Kecilnya ceria
Besarnya duka
Dunia memang kejam
Anak tak mesti kuat sentiasa
Ada ketika lemah dan hanyut jua
Hanya mampu menuding
Mencaci cerca
Tinggallah mak ayah menangis hiba
Menerima hakikat
Dunia sementara
Anak pinjaman semata-mata

Saturday, 17 June 2017

Review Restoran Peribadi: Padi House Putrajaya

Kali ini aku nak review Padi House Putrajaya pula OK. Lebih spesifik, review tentang berbuka puasa di sini.

Straight to the point!

1) Hiasan dalaman

Signboard restoran memang besar, elegan dan menyerlah. Senang nampak bila kita dah sampai di Galeria PJH, Presint 4, Putrajaya. Disebabkan kami pergi dah dekat nak raya, maka ada suasana rayalah di dalam restoran. Jarak antara meja agak luas, pencahayaan agak romantik (sesuai untuk aku dan pasangan-I wish! Haha).

2) Kebersihan

Dengan konsep ala-ala fine dining, kebersihan memang top notch lah. Apa lagi aku nak komen, kan. 😊

3) Kualiti makanan

Mengikut kawan aku yang makan jenis nasi, rasanya biasa-biasa saja. Tapi kami yang makan western memang puas hati. Kami order set pasta Pesto Fettucine with Grilled Chicken yang boleh add-on Ice Lemon Tea dan Soup of the Day dengan tambahan RM4.90 sahaja. Jimat, bukan?  Menu wajib order: Nachos, Taco dan Chicken Finger. Serius sedap!

Oh, harga menu-menu di sini lebih kurang belasan ringgit ke puluhan ringgit. Tapi berbaloi dengan portion dia tau!

4) Layanan staf

Nak reserve, aku telefon mereka tapi diberitahu yang aku cuma perlu whatsapp saja. Cepat juga staf Padi House Putrajaya balas mesej whatsapp aku. Google lah nombor terkini mereka. Kalau aku tulis di sini takut nanti mereka tukar nombor pula.

Semasa di restoran pun, staf mereka tak banyak bercakap tapi sangat profesional. Dengan order yang sampai tepat sebelum masa berbuka, aku puas hatilah dengan layanan mereka. Good job!

Selamat menjamu selera. Bon Apetite!

Review Buku Peribadi: Unexpressed Feelings

Dah agak lama aku tak buat review buku. Kali ini aku review buku poetry atau puisi. Hmmm...aku tahu tak semua orang suka tema begini tapi cadangan aku, cubalah dulu. Mana tahu jatuh cinta. Heheheh.

Unexpressed Feelings adalah buku poetry berkisarkan tentang cinta. No, tolong jangan bayangkan cinta dalam drama sampah di Malaysia OK! Tolong sangat-sangat!

Hasil karya penulis Khadija Rupa, buku ini membahagikan puisi-puisinya kepada tiga bahagian:

1) Crying is allowed here

Puisi-puisi untuk momen lepas heartbreak dari hubungan yang tak menjadi.

2) School of lost souls

Puisi-puisi untuk move-on.

3) Darling it's me: Love

Puisi-puisi untuk memberi harapan yang cinta sejati itu wujud. Cuma masanya belum tiba.

Aku nak explain banyak pun tak pandai. Kena baca dulu puisi-puisinya. Khadija Rupa memang seorang yang sangat imaginatif terutama bila dia explain tentang titisan hujan yang memiliki tangan dan kaki. Kagum sungguh aku!

Nasib masa aku baca bahagian 1, aku dah kategori move on. Kalau tak, memang meleleh sajalah air mata semasa membaca puisi-puisinya. Hoho. By the time aku baca bahagian 3, aku rasa lega dan bersemangat.

Tak mengapalah, Inshaallah aku bahagia dengan keadaan sekarang. Tak perlukan pengganti dulu. Yang pasti, aku takkan berdendam dengan dia yang mematahkan hati aku. Dia ada konfliknya sendiri yang mungkin aku takkan faham.

Life goes on for each of us! Peace!

Tuesday, 13 June 2017

Pendidikan dari kisah berbuka puasa non-Muslim

Viral kisah non-Muslim yang menunggu Muslim berbuka dahulu, sebelum mereka makan. Buat aku berfikir, kenapa perlu viral? Bukankah sudah lama kita begitu? Sepertinya berbuat baik dengan orang dari bangsa atau agama lain itu perlukan 'approval'. Berbuat baik sebegitu seolah perlu dihebahkan demi memberitahu masyarakat lain yang pernah 'butthurt' dengan kes lain berkaitan agama dan bangsa. Di permukaannya nampak manis tapi dalamannya seakan ada kanser yang membiak.

Semalam kawan sepejabat berbangsa India beragama Kristian (sengaja disebut, tiada niat buruk OK) bercerita kisah mereka sekeluarga juga menunggu lebih kurang 10 minit untuk makan di restoran, sama dengan Muslim yang berbuka puasa. Aku cakap tak mengapa, boleh saja mereka makan. Tak salah pun.

"It' because of the kids. Ada ramai budak kecil. Tak nak mereka fikir yang kita tidak hormatkan orang agama lain".

Jawapannya buat aku terkedu dan mengalah jua.

Pendidikan luar buku. Untuk masa depan. Baiklah. Memang anak-anak kecil kini perlukan pendidikan begitu. Yang sudah lepas, biarlah mereka dengan labu-labu berisi racun perkauman dan sengketa agama.

Sunday, 4 June 2017

A Night Well Spent with Azmilia

Khamis malam Jumaat dapat berita kawan baik aku, Azmilia accident motor dengan husband dia, Adam. By the way, aku tak ada konsep best friend forever(BFF), kawan rapat dan sebagainya. Kalau aku baik dan selesa dengan seseorang, orang itu kawan baik aku. Siapa-siapa pun yang baik boleh jadi kawan baik aku, Inshaallah.

Malam tadi disebabkan aku sampai ke hospital betul-betul semasa Azmilia discharge, aku diajak pergi ke rumah mereka saja. Lepak tengok movie, sesekali tengok-tengokkan Azmilia dan akhirnya pukul 2 pagi lebih kurang, aku terlelap.

Dalam pukul 9 pagi aku terjaga, mandi dan terus meminta izin untuk balik ke rumah. Simpati sungguh aku tengok keadaan mereka laki bini. Curse the car owner yang tak tahu nak beri signal masa nak tukar lorong! Aku doakan kesembuhan untuk mereka berdua, Amin. 


Terima kasih sangat-sangat sudi layan aku malam tadi. Dulu pun aku pernah tidur semalam di rumah mak Azmilia (masa dia bujang). Masa kami conduct seminar untuk adik-adik SMAKL. Sebab itu jugalah aku layan saja masa mereka ajak lepak malam tadi haha. Really nice to meet you, Azmilia. Jaga diri dan semoga segala impian akan tercapai jua. Amin.

Oh, sebelum aku lupa. Aku belum boleh approve semua friend request di FB. FB baru aku itu tak aktif dan banyak digunakan untuk manage page saja. Aku memang sangat-sangat reserved sekarang. Sangat selektif dengan siapa aku bergaul dan event yang aku pergi, disebabkan oleh pengalaman pahit masa lalu. Blog ini sajalah tempat aku aktif bermain. Apapun kawan tetap kawan OK! Peace!

Kredit gambar: Hafsah

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...