Monday, 26 June 2017

Review Filem Peribadi: Transformers: The Last Knight

Review kali ini tentang filem Transformers: The Last Knight. Berikut review peribadi aku OK. Tak pakar pun bab review filem, tau. Hehe.

1) Jalan cerita

Bagi aku, ceritanya mudah tapi disemakkan dengan terlalu banyak flashback dan comeback.

Two World Collides. One survive.

Planet Bumi bertemu planet Unicron. Optimus Prime didoktrinkan oleh so called penciptanya, Quintessa untuk mendapatkan tongkat sakti dan seterusnya memusnahkan manusia dan planet Bumi.

Dari manakah tongkat sakti itu wujud? Dari Zaman Gelap Britain 1600 tahun dahulu. Pada masa itu Transformers telah pun membantu Merlin untuk menyelamatkan bala tentera King Arthur dalam peperangan, melalui kuasa dari tongkat sakti. Pada Merlin, Transformers berpesan bahawa tongkat sakti itu haruslah disimpan rapi, kerana ada kuasa yang akan cuba merampasnya nanti.

Selepas 1600 tahun, planet Bumi menyaksikan Zaman Gelap Transformers, yang telah diisytiharkan haram oleh kerajaan. Muncullah Cade Yeager ( Mark Wahlberg), so called penyelamat dunia yang berusaha keras mengumpulkan semula autobots di sebuah pusat besi buruk.

Pada zaman ini, planet Bumi berdepan dengan serangan skala kecil Decepticon setiap hari. Muncul juga fenomena pelik penemuan tanduk di seluruh dunia, yang mencetuskan tanda tanya.

Di Britain, Viviane (Laura Haddock) digambarkan sebagai seorang ahli akademik yang selalu mengajarkan sejarah silam Britain. Walaupun dia sendiri tak percaya dengan kisah-kisah tersebut.

Yade dan Viviane dipertemukan oleh Folgan (Anthony Hopkins). Folgan menerangkan tentang pentingnya mereka mendapatkan tongkat sakti peninggalan Merlin untuk menyelamatkan planet Bumi yang semakin kerap diserang dan hampir kiamat. Rupanya kunci kepada penemuan tongkat sakti itu hanya boleh diberikan oleh Viviane, yang ada di dalam bilik ayahnya.

Optimus Prime berjaya diselamatkan dari pengaruh jahat Quintessa. Bersama Cade dan Viviane, mereka perlu mendapatkan tongkat sakti dari Quintessa, demi menyelamatkan planet bumi. Bukan tugas mudah tetapi mereka akhirnya berjaya melakukannya.

Yeay, planet Bumi menang! 😊

2) Effect

Menggunakan teknologi IMAX 3D, aku khayal jugalah dengan attention to detail dalam filem ini. Bagi aku, aku tertarik melihat saat-saat terakhir semasa Transformers, Cade dan Viviane cuba memasuki bilik Quintesa. Gambaran keruntuhan serpihan-serpihan kapal angkasa Quintessa, bagi aku memang mengkhayalkan. Tak tahulah bagi orang lain. Haha.

Kalian nilaikan sendirilah OK. Aku tak pakar sangat bab teknologi begini. Hehe.

3) Pelakon

Aku rasa, watak yang aku sebut namanya di atas saja yang relevan haha. Watak Izabela dan Squeeks sangat annoying, walaupun pada saat akhir mereka berjaya meletupkan kereta kebal Decepticon. Watak butler kepada Folgan pun bagi aku OK saja kalau tak ada. Walaupun dialog butler itu kelakar dan menghiburkan.

Kalau kalian tengok filem ini nanti, mungkin kalian faham apa yang aku maksudkan. Aku tak kisah banyak watak autobots, tapi bila terlalu banyak watak manusia aku jadi pening sikit.

4) Kesimpulan

Keseluruhannya, filem ini bukan filem yang aku rasa nak tonton banyak kali. OK saja, tapi entahlah. Rasa semak. Macam hilang hala tuju. Kalau kalian nak cuba menonton, silakanlah. Mungkin pandangan kalian tak sama dengan pandangan aku. Peace!

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...