Kali ini aku nak review Padi House Putrajaya pula OK. Lebih spesifik, review tentang berbuka puasa di sini.
Straight to the point!
1) Hiasan dalaman
Signboard restoran memang besar, elegan dan menyerlah. Senang nampak bila kita dah sampai di Galeria PJH, Presint 4, Putrajaya. Disebabkan kami pergi dah dekat nak raya, maka ada suasana rayalah di dalam restoran. Jarak antara meja agak luas, pencahayaan agak romantik (sesuai untuk aku dan pasangan-I wish! Haha).
2) Kebersihan
Dengan konsep ala-ala fine dining, kebersihan memang top notch lah. Apa lagi aku nak komen, kan. 😊
3) Kualiti makanan
Mengikut kawan aku yang makan jenis nasi, rasanya biasa-biasa saja. Tapi kami yang makan western memang puas hati. Kami order set pasta Pesto Fettucine with Grilled Chicken yang boleh add-on Ice Lemon Tea dan Soup of the Day dengan tambahan RM4.90 sahaja. Jimat, bukan? Menu wajib order: Nachos, Taco dan Chicken Finger. Serius sedap!
Oh, harga menu-menu di sini lebih kurang belasan ringgit ke puluhan ringgit. Tapi berbaloi dengan portion dia tau!
4) Layanan staf
Nak reserve, aku telefon mereka tapi diberitahu yang aku cuma perlu whatsapp saja. Cepat juga staf Padi House Putrajaya balas mesej whatsapp aku. Google lah nombor terkini mereka. Kalau aku tulis di sini takut nanti mereka tukar nombor pula.
Semasa di restoran pun, staf mereka tak banyak bercakap tapi sangat profesional. Dengan order yang sampai tepat sebelum masa berbuka, aku puas hatilah dengan layanan mereka. Good job!
Selamat menjamu selera. Bon Apetite!
No comments:
Post a Comment