Sahabat Mia Aurora dan keluarga,
Seminggu juga aku memerhatikan post-post tentang arwah Fayyadh. Leka aku membaca post-post itu, hingga aku sendiri mampu merasai pedihnya kehilangan bintang hati sekecil Fayyadh.
Tak tahulah orang lain. Tapi aku tak erti nak mengucapkan kata-kata takziah dan menyuruh kau bersabar. Sedang aku belum mampu nak menjiwai apa yang kau sedang rasa, terutamanya masa mula-mula arwah Fayyadh pergi. Memang kehilangan itu perit, tapi bagi aku biarlah seisi keluarga kau mengambil masa untuk menerima dan mengerti dahulu hakikat perpisahan di dunia.
Tenanglah wahai sahabat. Sudah lama aku kenal peribadimu. Kau seorang yang kuat. Perpisahan ini sementara. Semoga kalian sekeluarga bertemu di syurgaNya, bisa bermain lagi di alam yang lebih abadi. Jangan ditahan air mata yang mengalir, kerana ianya adalah kesan dari rasa yang sangat tulus, yang tak mungkin dibuat-buat.
Love you, as always.
Cik Fairuz
No comments:
Post a Comment