Friday, 5 January 2018

Depression: Bila Kita Sendiri Merasai Simptomnya

Malam tadi menjadi sejarah buat aku. Meletup dengan jeritan dan tangisan depan bos dan kawan sepejabat. Puncanya? Tak tahan dengan beban kerja yang terlalu banyak.

Aku tak pandai sangat bab psikologi. Tapi aku rasa aku memang mengalami simptom-simptom depression. Masa aku menjerit aku rasa macam ada sharp pain di kepala. Kawan-kawan aku sudah mengundurkan badan mereka. Bos cuba memujuk tapi aku tetap berkeras mengatakan aku sudah tak tahan lagi.

Bos memujuk aku masuk ke biliknya. Aku akur. Pintu ditutup dan dia memulakan sesi slow talk dengan aku. Pada mulanya aku macam susah nak mulakan bercakap. Macam masih rasa nak menjerit dan menangis. Bila dah tenang sedikit barulah aku membalas soalan bos.

Bos ini bukan bos aku sebenarnya. Bos aku dah dua kali bertukar ganti, meninggalkan aku seorang diri di unit ini. Tuhan saja tahu perasaan aku selama ini, menumpang bos orang lain. Nak mengadu tak cukup masa. Bos sibuk memanjang.

"You should tell me that you want to see and talk with me. Don't keep quiet" jelasnya.

Sembang. Hakikatnya bebanan kerja dan deadlines membuatkan masa dengan staf bawahan sangat-sangat terhad. Ini bukan kali pertama aku cuba meluahkan rasa.

"Do not become another XXX that got depression. Not worth" jelas bos itu lagi.

"One of the reason people got depressed further is because they already highlighted their concern but ended up feeling like talking to the wall" balas aku.

Akhirnya dia bersetuju untuk relook beban kerja aku. Tunggulah dan lihatlah bagaimana nanti.

Sampai di rumah aku hanya mahu tidur. Bila terjaga sekejap aku akan menangis dan rasa sharp pain di kepala.

Depression datang tanpa disedari. Sesiapa pun boleh menghadapinya. Aku hanya mampu mengharap ada sinar di sebalik semua ini. Yang pasti, aku hanya bertahan untuk bonus, bayar hutang dan trip Kashmir saja. Demi masa depan dan kesihatan mental dan fizikal aku, demi Allah aku kena menukar haluan kerjaya. Moga Allah mudahkan. Amin.

1 comment:

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...