Fuhhhh...hari ini aku bangun seawal pukul 5.15 pagi. Sebab? Sebab aku kena temankan kawan aku Hafsah berniaga di Car Boot Sales (CBS) Bukit Mahkota. Secara rasminya bisnes mula pukul 7.00 pagi, jadi kami bertolak ke Bukit Mahkota dari rumah Hafsah di Sungai Besi lebih kurang pukul 6.15 pagi.
Semasa kami sampai, orang lain dah pun ramai yang membuka but mereka. Ada yang menjual baju, buku, kasut, mesin taip, basikal, piring hitam, baldi, tilam, tudung 'you name it!'. Syaratnya mudah saja-wajib barangan terpakai dan tak boleh berniaga makanan/minuman. Sebab apa? Sebab dah ada beberapa peniaga 'authorized' yang menjual makanan dan minuman.
Pada kadar sewa tapak serendah RM10 dan konsep tapak 'first come first serve', CBS memang merupakan platform yang sesuai untuk mula berniaga. Mana taknya, modal kalian hanya barangan 'preloved', sewa tapak, peralatan untuk 'presentation' barang jualan seperti tikar, 'clothes/shawls/shoes rack' dan sejumlah air liur untuk bercakap dengan bakal pembeli. Hehe.
Setakat pembacaan dan pemerhatian aku, berikut tips yang aku boleh kongsikan:
1) Daftar awal dengan 'organizer'. Google saja 'Car Boot Sales Malaysia'. Macam-macam tempat ada. Pilih saja ikut kesesuaian kalian. Kalau setakat mahu belajar berniaga, boleh pilih lokasi yang dekat dengan rumah. Kalau mahu jualan 'masyuk' boleh cari lokasi yang 'hot' macam Kota Damansara dan Shah Alam. Tapi jangan lupa kira kos minyak dan tol kalian pula OK! ☺
2) Sediakan duit sewa tapak sebanyak RM10-20, bergantung kepada lokasi dan 'organizer'. Biasanya 'organizer' akan kutip samada di kaunter mereka atau ada orang mereka yang akan 'round' kutip duit sewa tapak itu. Penjual akan diberi tiket/kupon sebagai bukti bayaran dan dibenarkan berniaga.
3) Ada sesetengah lokasi tak benarkan penjual membawa payung atau khemah. Pandai-pandailah kalian cari 'spot' bawah pokok yang redup. Kalau datang cepat Inshaallah dapat tempat yang elok dan strategik.
4) Sediakan duit kecil untuk memulangkan baki duit pembeli nanti. Kalau ada kawan 'banker' boleh minta tolong mereka tukarkan duit. Hehehe(Nampak sangat 'this banker' dah biasa buat). Kalian pergi sendiri ke bank pun apa salahnya kan.
5) Untuk menetapkan harga barang jualan, pilih samada:
a) Nak 'let go' tak kira harga (contoh 3 barang RM10, 1 barang RM5 dll); atau
b) Letak harga mahal sikit dan benarkan bakal pembeli menawar harga. Pastilah kalian dah 'set' minimum harga yang kalian sanggup jual kepada pembeli. Takkanlah kasut atau baju mahal-mahal kalian beli tapi nak jual RM1 pula, bukan? Apapun terpulang pada niat kalian OK!
6) Murahkanlah senyuman dan rajinlah bersembang dengan bakal pembeli dan jiran-jiran di tepi kalian. Untung-untung dapat tips bisnes dari mereka yang berpengalaman. Manalah tahu, kan.
7) Tips terakhir tapi paling penting: Jangan malu! Tak ada salahnya menjual barang terpakai dan membuka gerai kecil-kecilan, terutamanya yang baru nak berjinak-jinak berniaga. Inshaallah ada rezeki kalian nak dapat duit lebih. Peminat barangan 'preloved' ini lain macam sikit kerenahnya tapi sekali mereka dah hendak, mereka akan buat bagi jadi.
Akhir kalam, moga perkongsian ini bermanfaat Inshaallah. Boleh layan gambar-gambar kami:
Gambar 1: Tuan punya but- Pn Hafsah dan suaminya En Fazuddin. Skema sikit ayat bila nak kenalkan tuan bisnes hehehe.
Gambar 2: Barang jualan Hafsah dan suami. Bukan calang-calang jenama OK! Murah-murah woooo... Ada Poplook, bawal batu, 'inner' baju, 'shawls' dll. Tapi kena pastikan saiz kalian sama dengan tuan punya barang ya.
Gambar 3: Selfie dengan Hafsah sambil menayang Air Jagung Klebang yang kebetulan buka gerai di sebelah kami. Sedap! RM2 sahaja.
Alamak..akak pegang teh ais..ayyoo..puasa..dahaga
ReplyDeleteAir jagung lah tu dik...nyam2 sedap. Hehe
DeleteSkrg ni mcm dah xde car boot sales kt sini lg eh... setiap mnggu sy lalu...
ReplyDeleteLatest ni sy x pasti. Sorry...☺
DeleteLatest ni sy x pasti. Sorry...☺
Delete