Saturday, 3 October 2015

Hari Sabtu yang penuh rezeki dan rancangan baik

Hari ini aku telah berjanji untuk berjumpa seorang kawan 'single ladies' aku iaitu Cik Aini. Aini nak mencari tudung dan baju di Bangi. Aku pula dah nekad tak mahu beli apa-apa, sebab esok aku kena keluarkan sedikit duit untuk memandulkan kucing aku, Tiger. Lagipun memang sejak aku mula membayar hutang bulanan rumah, bajet aku sangat ketat.

Terasa begitu banyak sekali bezanya dengan zaman aku seronok membeli-belah atau bercuti bersama kawan-kawan 'single ladies'. Tapi aku kira itulah pengorbanan untuk mendapatkan manfaat jangka panjang iaitu sebuah rumah kecil yang indah di mata aku. Inshaallah aku akan kongsikan tips membeli rumah di post seterusnya. Doakan semua urusan lancar dan aku berjaya post tips ringkas tapi berisi untuk kalian.

Berbalik kepada perjumpaan aku dengan Aini hari ini, ternyata kami mendapat rezeki yang tersendiri hari ini. Aini mengajak aku ke butik Anggun Zara. Rupa-rupanya butik tersebut baru 'launching' pada hari ini. Kami berdua dapat makanan percuma seperti bihun goreng, lasagna dan pelbagai jenis kek. Aini pula mendapat 'free gift' seperti selendang 'instant' Anggun Zara, pin tudung Radiusite dan jus Tabeena, sebab dia menjadi antara 100 pelanggan pertama di butik Anggun Zara.

Sedang Aini hendak membayar di kaunter, kami ternampak seorang pakcik di pintu butik. Pakcik itu cuba menjual 'cheese tart' dan kuih lain kepada kami. Alhamdulillah, staf Anggun Zara menolak jualan pakcik itu dengan baik dan manis. Pakcik itu berlalu pergi. Sayu sekejap hati aku. Aku doakan pakcik itu murah rezeki Inshaallah.

Selepas sesi membeli-belah, kami pergi ke Bangi Gateway pula. Alhamdulillah, Aini belanja aku makan 'sushi' hari ini. Ditambah pula Aini memberikan aku sedikit duit minyak kerana menemankan dia membeli-belah. Aku tak kisah pun sebenarnya kalau Aini tak bagi apa-apa. Bangi dan Putrajaya(rumah Aini) bukan jauh sangat dari rumah aku. Tapi Aini tetap ingin memberi, maka aku terima dengan ucapan Alhamdulillah.

Dalam perjalanan balik, kami sempat berbincang tentang misi pertama memulakan bisnes: Car Boot Sale. Kami bukanlah dari asal biasa berbisnes. Tapi kami sudah mula rasa bosan dengan kerja di pejabat semata-mata. Tambahan pula konsep Car Boot Sale itu sendiri kami rasakan sangat sesuai untuk kami yang baru belajar: menjual barang terpakai pada kadar sewa tapak yang murah.

Niat kami untuk percubaan pertama ini adalah untuk membuang rasa malu dan belajar menjual. Untung rugi biar dahulu. Lagipun modalnya kecil dan tidak memerlukan komitmen yang terlalu tinggi. Doakan perancangan kami ini berjalan dengan lancar Inshaallah. Biar kami bertatih dahulu. Semoga langkah kami akan jadi lebih besar kelak. Amin.

Layanlah sikit gambar yang ada OK! Gambar Aini aku tak letak sebab dia cakap dia budak 'kurus' berbaju kuning. Takut nanti aku kena saman sebab 'publish' gambar dia haha.

Gambar no 1: Hasil belian Aini, bersama 'free gift'.

Gambar no 2: Tukang teman Aini yang seronok dapat makan 'free'.

No comments:

Post a Comment

KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...