Aku masih ingat, semasa kecil kami diajar untuk mengutip sampah yang kami jumpa di tengah jalan. Juga bahawa membuang sampah dari dalam kereta itu salah. Banyak lagi perkara positif yang aku belajar, yang masih aku cuba amalkan sedaya upaya.
Zaman kampus aku dipenuhi dengan tabiat membaca. Masih segar di ingatan, aku membaca kisah seorang suami menyatakan rasa terharu dan bangga dengan sifat prihatin dan ikhlas isterinya. Isterinya telah membayarkan bil seorang 'homeless' untuk makan set McDonalds secara senyap-senyap. Tetapi suaminya tahu. Malah suaminya kata itulah sebab dia memilih isterinya itu. Alolololo. Syahdu kan...
Kini, dengan lahirnya ikon-ikon aktiviti sosial seperti Syed Azmi(FreeMarket), Raja Shamri(The 3rd Force), Hairey(Papa Hero), Puspa Rani(MIAR), Razeef(SI Shelter) dan arwah Pak Mie(Pak Mie Shelter), peluang untuk kita menjadi opportunis dalam melakukan amal jariah terbuka luas. Sudah pastilah niat kita harus betul.
Kita boleh belajar dari pengalaman mereka dan bergerak sendiri, atau kita juga boleh menyertai NGO-NGO seperti Kindness, Feeding The Needs, The Telekung Project, Teach For Malaysia, Teach For The Needs dan sebagainya. Ruang untuk kita begitu luas. Cuma google dan tadaaaaa.... Maklumat di hujung jari.
Hidup akan lebih bermakna bila kita lebih banyak memberi. Percayalah.
Mari menjadi opportunis amal jariah. Dalam hati hanya Allah SWT tahu. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment