Aku manusia biasa. Bujang pula. Walau aku nampak bersahaja, menghabiskan masa dengan keluarga dan kawan-kawan ada masa hati aku tersangkut juga dengan orang yang aku sangka dialah orangnya.
Malangnya, hati manusia itu bukan kita yang pegang. Berapa lama pun aku simpan perasaan, apa cara pun aku luahkan, kalau hatinya tak dibuka untuk aku, tak mungkin berlaku apa-apa, bukan?
Lebih malang(aku tak pasti terma ini betul atau tidak), bila insan yang alim, pemalu dan kelihatan baik itulah yang keras hatinya menolak permintaan aku. Keras tanpa sebarang balasan ya atau tidak. Semalang-malang(lagi sekali aku tak pasti terma ini betul atau tidak) aku adalah bila aku perlu bersabar melihatnya hampir setiap hariku. Melihatnya dan mencuba membuang segala rasa. Melihatnya dan berlagak seperti tiada apa yang telah berlaku.
Jadi, di post ini aku cuba merawat segala duka dengan menaikkan semula 'self-esteem' aku yang telah jatuh sebelum ini. Aku nak senaraikan apakah keistimewaan aku(suka hati kalau kalian nak kata aku riak atau takbur atau ujub atau apa saja).
Aku sebenarnya sangat istimewa sebab:
1) Aku senyum manis. Pernahlah beberapa orang cakap macam ini pada aku. =)
2) Aku berhati lembut. Aku tak boleh tengok orang atau binatang susah. Cepat leleh.
3)Aku tinggi (dan besorrrrrrr hahah). Kalau kurus sikit lagi boleh setanding model. Model berjerawat dan bergigi besar. Hoho
4) Aku ada ibu bapa lagi. Siap boleh manja-manja, minta mereka teman ke sesetengah tempat. Orang lain mungkin dah tiada ibu bapa.
5)Aku ada pekerjaan yang tetap di syarikat yang besar. Walaupun minat aku tak sama dengan pekerjaan aku, aku masih bersyukur. Rezeki semua Allah bagi.
6)Aku sudah pun membeli sebuah rumah kecil di lokasi yang dekat dengan rumah ibu bapaku. Rumah itu aku beli dengan 'housing loan' dari syarikat dengan kadar 'profit' rendah dari pasaran. Alhamdulillah. Rumah itu boleh diduduki ataupun disewakan. Memang aku beli untuk 'dual purpose'.
7) Aku tak pernah 'give up' dalam setiap apa yang aku buat. Aku memang kuat sangat menangis. Tapi lepas itu aku akan bangun dan sambung semula. Aku akan habiskan apa yang aku dah mulakan.
8) Aku ada Allah untuk aku mengadu. Tak semua benda aku cerita pada keluarga dan kawan. Aku suka bercakap-cakap dengan Allah. Sebab aku percaya Allah itu ada dan sentiasa mendengar.
9) Aku rajin memberi pendapat dan nasihat kepada sesiapa yang memerlukannya. Walaupun ada yang tersalah faham dengan niat aku. Tak apa, Allah faham.
10) Aku menghormati perbezaan pendapat dan telah belajar untuk menerima semua orang seadanya. Bukan senang nak capai tahap hari ini. Aku rasa lebih tenang sekarang.
11) Aku suka kucing! Kucing buat hati aku tenang dan mengajar aku supaya bersabar. Kucing suka membuang air kecil dan besar bersepah-sepah, tumpahkan air minuman, terbalikkan bekas makanan. Kena pula bersihkan kawasan sekitar sangkar mereka selalu, supaya bersih dari kuman. Bukan semua orang boleh buat macam aku. Alhamdulillah.
Cukuplah dahulu. Benda negatif memang menyesakkan fikiran. Cara paling baik adalah 'divert' aura negatif itu kepada benda positif yang boleh memotivasikan diri.
Tukar segala rasa cinta dan ingin mempunyai itu kepada perkara lain. Semakin cinta semakin banyak menulis. Semakin rindu semakin banyak bercakap dengan Allah. Semakin kecewa semakin banyak bersedekah kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Inshaallah semuanya baik-baik saja. Jumpa lagi di posting seterusnya. Aku bercadang nak post tentang pengalaman membeli rumah. Tapi kena kumpulkan segala bahannya dahulu. Inshaallah.
No comments:
Post a Comment