Friday, 27 April 2018

Saya Minta Maaf

Kereta meluncur mengelilingi kawasan perumahan. Di kerusi belakang berdiri kucing aku yang gedik, Keanu. Seakan rutin aku sekarang, membawa Keanu pusing kawasan perumahan menaiki kereta sebelum aku ke tempat kerja.

Nak membelok ke lorong rumah aku, aku terlebih ambil jalan. Tak perasan pula ada motosikal nak keluar dari lorong yang sama. Bammmm! Aku cuba brek tapi rasanya kena juga motosikal itu.

"Kau dah gila? Nak bunuh aku ke? Tak nampak ke aku ni hah? Bawak kereta macam apa bla bla bla bla bla bla".

Jiran aku rupanya. Panjang dia memaki aku. Terkejut aku. Selama ini nampak pendiam saja orangnya.

"Encik jiran saya kan. Sorry saya terlebih belok tadi, tak perasan motor encik. Saya nak settle aje ni. Motor OK?"

"Gila bawak kereta bla bla bla bla bla bla bla bla".

Panjang maki dia ini. Terus aku terfikir sesuatu.

"Encik, saya minta maaf. Saya...".

Belum sempat habis ayat aku dia dah jawab.

"OK, tak apa. Awak jiran saya kan. Saya cuba dulu naik motor ni pergi kerja. Nanti saya update awak OK".

Lepas aku minta maaf hilang terus maki hamun dia. Suara berubah jadi lemah lembut. Perwatakan pendiam dia datang kembali. Keluar jugalah senyum kelat walaupun sebelumnya muka macam singa kelaparan.

"Saya minta maaf"

Amalkanlah selalu ya. Jangan menegakkan benang yang basah kalau memang kita yang salah. Orang tengah marah, biarkan dia dulu. Kemudian kita 'bunuh' ego dan rasa marah dia dengan kata-kata maaf. Akhir sekali terus selesaikan dengan cara baik. Kita manusia, kan. Banyak buat silap. Janganlah ego sangat.

Amacam, OK?

Thursday, 26 April 2018

Talking In Social Network: When to Not Talking

The social network era has caused a very big dilemma to people:

When to not talking, either in their wall post or comments section. Talking in the form of writing, taking photos and shooting videos.

Because this way of talking is the way to go. This way of talking gives money. This way of talking generates likes. This way of talking is free talking.  This way of talking hides the real you. This way of talking makes you keep talking and talking.

Until you forget about respect. You forget about not to public shaming others. You forget about not to spread things before you confirm they are genuine or true. You forget that you have shown the stupid and ugly side of you.

Keep talking. But use your God given huge capacity brain while talking. Seek the truth before talking. Think of other people's feelings too before you talk. This way of talking can mean differently to different people.

Whatever the talking is about, better if it helps others to reflect and think. Give meaning to your talking. Talk when needed.

Peace.

Saturday, 14 April 2018

1st Appointment-Terima Hakikat Ada Depression

Ini appointment pertama aku dengan doktor psikiatri. Doktor bertanya banyak soalan untuk diagnosis masalah aku. Dari pekerjaan, family, kawan-kawan hinggalah kepada rutin harian semuanya dikorek oleh doktor.

Konklusi pertama doktor: Aku terlalu banyak take in issues tanpa ada penyelesaian. Aku tak pandai say No to other people. Nature aku sebagai anak sulung menyebabkan aku selalu mengalah dan mengutamakan orang lain. Aku hanya escape dari masalah dengan travel. Balik travel masalah sama datang semula.

Doktor bagi ubat untuk moderate depression (Voldaxon Agomelatine) dan ubat tidur (Xanax). Doktor tanya dulu pendapat aku samada aku OK untuk ambil ubat. Lepas bincang side effect dan samada ubat boleh clash dengan ubat lain yang aku ambil, kami agree untuk mulakan medication. Doktor juga beri alamat emel dia untuk kami berhubung jika ada apa-apa soalan.

Lastly, doktor beri MC sampai hari Rabu untuk rehat. Alhamdulillah memang berguna MC itu untuk aku. Memang aku betul-betul rehat dari bekerja, dari berfikir tentang masalah. Cuma duduk di rumah, melayan ayah dan kawannya betulkan paip, tandas dan plug dan melayan anak-anak bulu, Keanu dan Brownie.

Sesi makan ubat setiap malam sehingga minggu kelima bermula. Side effect ubat Voldaxan Agomelatine untuk aku setakat ini adalah sakit perut dan pinggang. Macam senggugut. Kadang boleh tahan teruk. Tengoklah jika aku mampu bertahan. Kalau tak terpaksalah aku emel doktor dan cakap mungkin ubat itu tak sesuai untuk aku. We will see.

Friday, 13 April 2018

Depression: Intro

Aku speechless sebenarnya nak buat intro untuk post kali ini.

Sebabnya...sebabnya...hmm...memang betul aku speechless. Huhu.

Aku selalu jumpa doktor tapi bukan untuk sakit yang ini. Sakit yang tak nampak secara fizikal. Sakit yang orangnya sendiri tak sedar dia sakit, hinggalah apabila dia sedar yang dia dah tak boleh berfungsi macam biasa. Bukan cacat, tau. Lebih kepada hilang interest. Tak ambil port. Terlalu malas nak fikir. Sampai hidup cuma makan, minum dan tidur sahaja. Lain dari itu 'pergi mampus'.

"Elehhhh biasalah tuuuu. Ramai je orang ada simptom begitu".

Betul, tapi percayalah yang aku rasa ini memang lain. Dia datang dalam bentuk pakej. Hilang interest, keletihan berpanjangan, suka menghadap kipas sepanjang hari sampai tertidur, mudah berubah kejap sedih kejap happy kejap marah dan selera makan minum macam hilang. Makan pun tanpa nafsu.

Lagi satu, ada escape habit yang luar biasa secara berterusan (untuk aku=ketagih sangat-sangat nak travel, sebab itu saja masa aku rasa free). Belum lagi sebut tentang selalu cuti. Pantang hilang mood terus apply emergency leave. Tak ada toleransi langsung. Bila ada isu apa-apa terus rasa hopeless, tak nak fikir solusi. Sebab sebelum-sebelum ini pun selalu sangat aku rasa hopeless. Whatever! Begitulah kaedahnya.

Apa nak buat bila dah ada semua simptom di atas?

Pertama:
Mengaku dulu yang kita perlukan bantuan. Jangan menafikan dan mengelak. Alasan "nanti OKlah tu" memang 1000 peratus tak boleh diterima OK. You really need help.

Kedua:
Pergi klinik dan minta refer letter untuk ke hospital yang ada pakar psikologi/psikiatri/kaunselor. Hospital kerajaan ada, hospital swasta pun ada. Jangan malu jumpa psikiatri. Bukan semua yang jumpa psikiatri itu gila. Bersyukurlah kita cepat sedar yang kita ada isu dan nak cari solusi. Ramai lagi orang di luar sana yang ada simptom lagi teruk dari kita tapi mungkin mereka tak sedar.

Ketiga:
Mulakan rawatan dengan hati yang betul-betul terbuka. Jawab soalan-soalan doktor dengan jujur dan terbuka. Jangan defensive. Serahkan pada yang pakar. Kalau sakit berlagaklah seperti orang yang sakit OK. Objektif kita satu saja: Mengubah keadaan kita yang sedang bermasalah.

Next post:
Pengalaman pertama aku sebagai penghidap (tak pasti betulkah terma ini huhu) moderate depression.

Selamat membaca!

Oh ya. Doakan aku pulih OK. Things have been rough these few years. Lagi banyak soalan tak berjawab lagi berat rasanya kepala. Huhu.

Thursday, 12 April 2018

Si Cantik Yang Baik Hati

Pagi semalam aku ke klinik di tingkat 30 di pejabat. Tujuan nak minta refer letter ke hospital. Lepas jumpa doktor, doktor suruh ambil darah. Nak check sikit keadaan aku.

Dengan rasa yang masih down gila-gila, aku naik lif untuk turun. Aku tak pedulikan orang-orang di sekeliling aku pun.

"Are you OK?"

Tiba-tiba ada orang tegur aku. Aku mengangkat kepala. Oh, seorang perempuan cantik free hair memakai dress hitam. Tak pasti bangsa apa. Tapi cantik.

"I baru lepas ambil darah" jawabku.

"Yup, muka U pucat sangat" balasnya.

Aku senyum kelat. Banyak benda dalam otak aku sebenarnya. Huhu.

Bila sampai di lobi, si cantik buat hal lagi. Dengan muka acah comel dan sambil tersenyum, dia melambai aku.

"Take care tau!"

"Thanks U" balas aku.

Sungguh, lega sekejap sakit aku rasanya dengan sikap concern dia yang tak diduga. I mean, we are strangers kot.

Cantik dan baik hati. Untung siapa yang dapat dia. Kalau aku lelaki mungkin cair di situ juga agaknya.

Kindness is free but you will never know how it is valued by the receiving ones.

Monday, 2 April 2018

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Tips-tips Umum

Tips-tips umum trip Kashmir:

1) Currency

India Rupee (INR) sahaja.

2) Baju sejuk

Aku beli di kedai Bundle Preloved-Winter & Outdoor di Jalan Kebun, Klang. Exit Jalan Kebun belah kiri di lebuhraya KESAS.

Long john (baju saja) baru RM10, jacket dan sweater baru RM50 - RM80. OK sangatlah kan.

3) Passport dan visa

Pastikan passport kalian sah untuk travel. Lepas passport OK baru boleh buat visa India.

Boleh buat E-Visa (Aku tak pernah buat, tak boleh nak ajar) atau buat separa manual. Separa manual bermakna isi borang online, kemudian print dan bawa ke pejabat visa India untuk proses seterusnya.

Item wajib ada untuk uruskan visa:

- Passport (asal dan salinan)
- Gambar visa (tak sama dengan gambar passport OK)
- Kad pengenalan (asal dan salinan)
- Tiket/itinerari flight 
- Duit untuk upah isi/betulkan borang = RM20 seorang
- Duit untuk proses visa = RM200 +- seorang

Aku buat visa di IVS Global (opposite Agrobank, sebelah 7 Eleven di kawasan Masjid Jamek, Kuala Lumpur). Nombor giliran hanya dibuka sampai pukul 2.00 petang OK. 

Boleh collect visa yang dah siap dalam tempoh 3 hari bekerja. 

4) Travel insurance

Kalau malas fikir ambil saja yang AirAsia punya. Janji ada OK. Kalau rajin bolehlah research polisi macam AXA, Etiqa dan lain-lain. Tapi wajib ada OK. Jangan tak ada. 

5) Memilih hotel vs tidur di airport

Bergantung kepada trip dengan siapa. Kalau semuanya muda bolehlah tidur di airport sementara menunggu flight seterusnya. Kalau trip dengan warga emas atau kanak-kanak, better book hotel.

Cari hotel yang dapat komen positif dan rating yang tinggi. Yang penting cukup luas untuk tidur dan solat. Rate dalam RM100 +- semalam dah OK rasanya.

6) Membeli baggage 

Disebabkan polisi airport Srinagar yang tak benarkan hand luggage selain bagpack, lebih baik kalian beli baggage dalam 20 kg seorang. Untuk isi barang peribadi plus hasil shopping di sana nanti. Di Kashmir biasanya orang shopping kain sari, shawl, langsir, alas meja dan souvenir macam key chain dan fridge magnet.

Aku dengan mak aku ambil 25 kg setiap seorang. Ada lebih, kami share dengan family Weeda/Farid. Jangan sesekali share dengan orang yang tak dikenali OK. Bahaya! Entah barang apa dia isi kita tak tahu. Apa-apa jadi kita yang kena nanti. Na'uzubillah.

7) Bawa gajet secukupnya

Gajet aku (ada beg khas):

- Action cam + stick + charger
- Bluetooth selfie stick (backup action cam) 
- Travel adaptor (complete set all international countries-fikir masa depan haha)
- USB 4 points at least (boleh charge macam-macam sekali jalan). Must be compatible dengan travel adaptor.
- Charger smartphone
- Powerbank 10,000mAh yang light weight
- 1 backup USB cable

Aku bukan kaki gajet tapi trip Kashmir ini special sikit. Rugi kalau tak snap gambar/shoot video. Alhamdulillah gajet aku semuanya OK sepanjang trip.

8) Menawar harga masa shopping

Kalau betul berminat, tanya 1st price. Lepas itu negotiate 50% - 70% kurang dari 1st price. Seller akan up lagi price. Negotiate lagi sampai ke harga yang agak-agak kita mampu. Kalau tak nak, cakap elok-elok awal-awal. Orang Kashmir boleh terima rejection kita dengan lapang dada.

9) Memilih tour guide

Lebih baik ambil orang Kashmir sendiri. Mereka lebih faham selok-belok dan budaya di Kashmir. Minta quotation dari beberapa tour guide. Harga berbeza ikut apa yang mereka offer. Jangan cepat teruja dengan harga murah OK. Biar berbaloi dengan apa yang diberikan. Kualiti, bukan kuantiti yang kita mahukan. Hehe.

10) Bas, Teksi dan Uber/Grabcar

Kami tak ambil bas, teksi atau Uber/Grabcar di sini. Tak berani nak beri sebarang tips. Mungkin kena tanya orang lain yang lebih berpengalaman.

11) Salinan pasport/visa dan tiket flight

Stand by lah 1 salinan pasport/visa dan tiket flight ntuk kecemasan. Macam aku, memang aku sentiasa bawa pasport asal (wajib, sebagai pengenalan diri) dan salinan sepanjang di sana.

Beri juga 1 salinan pasport/visa dan tiket flight kepada ahli keluarga/kawan rapat kita di Malaysia. Apa-apa jadi mereka ada salinan untuk uruskan apa yang patut. Of course kita doakan perjalanan lancar pergi dan balik. Aku cuma cadangkan backup plan saja. Kita takkan tahu apa jadi esok hari.

12) Keselamatan; ragut, harga tipu, tak pulang duit baki

So far Kashmir selamat. Tapi tetaplah jaga beg kita. Jangan dedahkan sangat. Jangan nampak sangat kita berduit.

Untuk harga barang atau servis, jangan cepat sangat bayar. Convert dulu ke RM dan fikir sendiri logik atau tidak.

Download app ini: Malaysia Currency Converter. Terbaik dan simple. Tak perlu print rate untuk rujukan. Masukkan saja nilai samada RM atau INR, tadaaaa... dah siap convert.

Ada seller yang sengaja tak nak pulangkan duit baki. Kalau nak tukar duit rupee kepada note kecil: Aku difahamkan kita boleh pergi ke bank. Hanya bank boleh tukarkan duit kita macam yang kita nak. Kaunter curency exchange di airport boleh juga tukar tapi terhad kepada 2000 rp (500 rp x 4 keping) sahaja.

13) Makanan halal

Jangan risau tentang makanan halal. Orang Kashmir 95% Muslim. Ada juga pilihan 100% vegetarian kalau nak cuba. Kami bajet untuk lunch RM18 seorang sehari (kalau ada lebih, boleh guna untuk benda lain contohnya tiket masuk atau sewa but/kuda). Pakej ground kami cuma include breakfast dan dinner saja.

14) Makanan tambahan seperti Fitbar, biskut dan air mineral

Trip ke semua tempat memakan masa yang lama. Wajib bawa makanan tambahan macam Fitbar, biskut dan lain-lain sebagai bekalan OK. Nanti lapar hilang mood susahlah kan. Jangan lupa bawa air mineral juga OK. Haus nanti.

15) Barang-barang wajib bawa

Barang-barang yang wajib dibawa:

- Ubat gastrik/angin/cirit (terus makan bila dah ada tanda-tanda nak gastrik/angin/cirit)
- Ubat selsema
- Minyak angin/balm
- Panadol Actifast
- Ubat sakit tekak/batuk
- Moisturizer (wajib face and body). Aku pakai Cetaphil
- Lip balm/vaseline
- Sunblock
- Spec mata hitam untuk protect mata dari direct sun
- Ubat alergik (makan atau sapu) just in case alergik baju wool atau kulit terlalu kering
- Kasut yang selesa untuk berjalan (1 pasang cukup, sewa saja but di tempat yang kita pergi)
- Stokin yang mencukupi dalam 3 pasang
- Touchscreen hand glove (Daiso/Soxworld)
- Warmer pad (Daiso)
- Mask muka (sesetengah tempat berdebu dan berangin)
- Baju sejuk 1 atau 2 pasang (aku bawa 2 tapi pakai 1 pasang saja di sana)
- Seluar 3 pasang

Ada lagi tips? Penat dah menulis haha. Cukuplah dulu OK. Moga bermanfaat.

Peace!

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 9(New Delhi-KL)

9) Day 9 (Sabtu, 31/3/2018)

Flight kami depart pada pukul 11.55 malam. Kami sampai di KLIA2 pada pukul 7.55 pagi. Lepas collect baggage, kami ambil Grab untuk balik ke Seri Petaling. Tambang Grab RM73.00 termasuk tol.

Alhamdulillah trip Kashmir berjaya akhirnya. Banyak benda yang aku belajar dari trip Kashmir ini.
Tentang meluap-luapnya passion aku untuk menyiapkan travelog aku sendiri. Tentang perlunya aku berusaha memahami batas-batas pergerakan orang tua macam mak aku dan mak ayah/mak ayah mertua Weeda/Farid.

Travel bersama warga emas memang tak sama dengan travel dengan orang seusia kita. Kebajikan mereka perlu diutamakan. Memang kena banyak bersabar dengan mereka. Kena seimbangkan rasa risau tentang mereka dengan rasa geram dengan sebahagian sikap mereka. Jangan lupa, kita pun akan tua juga suatu hari nanti. What we give, we get back OK.

Juga tentang menerima sejarah dan budaya hidup orang lain yang tak sama dengan kita. Contohnya di Kashmir, memang susah nak cari surau atau masjid yang mesra perempuan. Mana-mana surau yang kami pergi pasti kami akan diperhatikan dengan pandangan tajam oleh masyarakat lelaki Kashmir.
Mula-mula rasa sangat-sangat tak selesa. Tapi kami positifkan diri dan just go with the flow. Yousof pun cuba sedaya upaya carikan surau yang boleh tolerate perempuan macam kami. Sudahnya kami redha, this is Kashmir. 

Masjid terakhir yang kami pergi buat aku rasa sangat terharu. Kebetulan mereka ada majlis apa entah, penuh jemaah perempuan di dalam surau. Kami terpaksa menunjukkan isyarat mahu solat untuk meminta sedikit ruang di dalam ruang solat wanita. Mereka semua terus bergerak ke tepi dan happy semacam tengok kami nak solat di masjid mereka. Lapang sangat rasa hati ini, walaupun sebelum itu dah rasa tak selesa sebab kena ambil wuduk di luar, agak jauh dari ruang solat.

Trip Kashmir hanya buat aku mahu terus berjalan dan explore benda baru. Semakin banyak dream trip yang aku ada contohnya Rajasthan, Jordan, Cape Town dan Norway. Semuanya tak murah tapi aku percaya ada rezeki sampai juga Inshaallah. Umrah? Pastilah ada niatnya. Cuma tak sebut secara direct saja. Hehehe.

Travel makes you happy.

Travel makes you see things others don't.

Travel makes you share the stories in your own way.

Kashmir trip memang dah ramai orang buat dan share. Tapi ini adalah perspektif aku. Original dari aku. Kalau bermanfaat buat kalian, Alhamdulillah in advance. Kalau tak bermanfaat pun, moga bermanfaat untuk orang lain pula. Mungkin tak bermanfaat sekarang tapi bermanfaat untuk masa hadapan. Who knows?

Selamat mengembara. Selamat berkongsi pengalaman dan rasa.

Teruskan berjalan OK!


Ikhlas dari hati,
Cik Fairuz.

Trip Kashmir 7 hari 6 Malam-Part 8(Srinagar-New Delhi)

8) Day 8 (Jumaat, 30/3/2018)

Menikmati awal pagi di Kashmir pada pukul 6.20 pagi. Cantik sangat view pagi di Dal Lake ini.

Pukul 6.20 pagi di Dal lake

Breakfast kemudian gerak ke airport Srinagar pada pukul 8.15 pagi.

Kami keluar awal serentak walaupun ada antara kami yang menaiki flight Spice Jet, yang lain waktu departure nya. Flight Spice Jet depart ke Delhi pada pukul 12.20 tengahari. Flight kami (Air India) pula delay dari pukul 2.20 petang ke 3.00 petang.

Di airport Srinagar ada 8 kali check samada beg/diri/boarding pass. 1 di luar airport(beg dan diri)  dan selebihnya di dalam airport. No hand luggage langsung except backpack (walaupun Air India sebenarnya beri 8kg hand luggage allowance). Air botol boleh tapi syaratnya kita pegang, bukan letak dalam beg. Apapun semuanya mungkin bergantung kepada rezeki individu. Alhamdulillah mudah semuanya untuk kami.

Kami solat jamak Zuhur dan Asar di airport Srinagar. Takut tak sempat bila sampai di Delhi nanti. Flight Air India delay lagi dari pukul 3.00 petang ke 3.30 petang.

Flight berhenti pula di Jammu. Announcement dibuat, penumpang yang ke Delhi diminta untuk remain on the seat. Rupanya ada penumpang yang turun di sini. Ada juga yang baru naik flight di sini. Barulah aku tahu boleh jadi begini. Macam naik turun bas gamaknya haha.

Kami sampai di airport Delhi pada pukul 5.45 petang. Lepas collect baggage dan makan KFC, kami solat jamak Maghrib dan Isyak di airport Delhi. Seingat aku di airport Delhi pun paling kurang 5 kali check beg/diri/boarding pass sebelum naik flight.

Flight kami ke KL (Air Asia) delay dari pukul 11.00 malam kepada 11.30 malam. Flight akhirnya depart ke KL pada pukul 11.55 malam.

Tips:
• Jangan gatal tangan snap gambar masa sampai di airport Srinagar. Simpan terus kamera atau smartphone kalian OK. Ada yang kena tangkap oleh askar India nanti. Di sini sangat-sangat strict OK. Jangan menyusahkan orang lain sebab tindakan kita.

• Selesaikan segala bayaran dengan tour guide sebelum sampai di airport Srinagar. Sebab di airport nanti tour guide tak dibenarkan ikut langsung. Driver pun dibenarkan sebab nak drop kan kami saja.

• Wakilkan seorang ahli trip kita untuk tunjukkan tiket kepada askar India yang berkawal di gate airport. Aku cuma beritahu siap-siap, walaupun tour guide pun akan ajar benda yang sama nanti.

•Standby pen, tiket, passport/visa dan maklumat tour guide (nama, alamat dan no telefon) untuk isi borang departure (sama format macam arrival form). Kalau malas fikir boleh upah orang di kaunter untuk tolong isikan.

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 7(Yousmarg)

7) Day 7 (Khamis, 29/3/2018)

Kami gerak ke Yousmarg pada pukul 8.00 pagi. Sempat singgah bergambar dengan pokok pear. Juga sempat singgah di masjid dan makam orang pertama yang menulis Al-Quran di bumi Kashmir. 

Di Yousmarg kami naik kuda lagi. Cumanya track yang dilalui lebih landai dan santai. Lalu di rumah-rumah orang Gypsy Kashmir, yang dibuat dari tanah liat. Kalian yang bawa anak atau warga emas boleh consider naik kuda di Yousmarg OK. Selamat sikit berbanding di Pahalgam yang scary.

Yousmarg yang luas dan cantik


Dari pemerhatian aku, kuda di Kashmir (Pahalgam dan Yousmarg) dilayan elok juga. Seekor kuda membawa seorang manusia. Manusia berbadan besar dapat kuda besar. Anak kuda dilatih dengan laluan trek dari kecil, dengan mengikut ibunya. Comel betul anak kuda terkedek-kedek ikut ibunya. Tapi aku tak sempat snap gambar. Huhu.

Kuda rehat, manusia pun rehat


Lunch di restoran Mughal Darbar sekali lagi. Singgah solat di sebuah masjid yang penuh dengan manusia. Ada majlis apa entah. Kemudian kami shopping sikit-sikit di pekan Srinagar. Balik ke houseboat dalam pukul 6.00 petang.

Lepas dinner ada antara kami yang rehat di houseboat dan ada yang keluar naik shikara, buat last minute shopping dan lepak minum kopi panas. 

Tips:

- Rate naik kuda: 900 rp (RM54) seorang. Negotiable.

- Rate tips orang bawa kuda: 100 rp. Negotiable seikhlas hati.

- Harga kain pasang: 325 rp (RM20) sepasang. Negotiable

- Harga baju jumper tebal lelaki: Antara 350 rp - 750 rp (RM21 - RM45) sepasang, ikut kualiti. Negotiable.

- Harga fridge magnet: Antara 30 rp - 50 rp (RM2 - RM3) setiap satu. Negotiable.

- Harga shawl Pashmina: Antara 100 rp - 1100 rp (RM6 - RM66) sehelai, ikut kualiti. Negotiable.

- Rate shikara masa lepak malam: 10 rp (RM0.60) seorang. Tak negotiable.

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 6(Wullar Vantage Park + Mughal Tulip Garden + Shikara Dal Lake Sightseeing)

6) Day 6 (Rabu, 28/3/2018)

Kami gerak ke Yousmarg pada pukul 8.45 pagi. Isteri dan anak Yousof tumpang van kami untuk ke sekolah anak dia. Cutie pie anak dia.

Dalam perjalanan ke Yousmarg, ada upacara memperingati peristiwa askar india menembak rakyat Kashmir. Kami terpaksa berpatah balik. Yousof kata dia bawa kami ke Wullar Lake (Wullar Vantage Park).

Dalam perjalanan, aku perasan iklan syarikat HK Cement di merata-merata di Kashmir ini. Pergi mana-mana pun mesti ada punya. Kalau telco pula iklan Airtel, Jio dan Aircel paling banyak. Iklan di sini banyaknya berupa cat di dinding saja, samada di bangunan tepi jalan atau di kedai-kedai dalam pekan. Senang, bukan?

Iklan simen paling glamour di Kashmir


Kalau stesen minyak pula  setakat pemerhatian aku cuma ada 2 syarikat iaitu Indian Oil dan Bharat Petroleum.

Lalu pekan Bandipora, Sonarwani dan Hazratbal. Kawasannya panas terik, kering dan berdebu. Struktur jalan pula aduhaiii sangat-sangat bumpy dan berbatu. Sabar sajalah.

Sampai di Wullar Vantage Park pukul 11.30 pagi. Lepak-lepak ambil gambar, kutip sampah sikit-sikit. Cuaca panas sungguh di sini. View memang cantik cuma sayang, tasiknya kering dek cuaca panas terik berhari-hari. 


Wullar Vantage Park

Aku cuba edit gambar yang diambil. Tapi tetap yang aku snap juga yang paling cantik. Sudahnya aku decide to do justice to Kashmir: No editing of pictures except cropping. Betullah orang cakap, tak perlu kamera canggih sangat pun untuk snap gambar di Kashmir. Bagaimana mata memandang, begitulah yang terhasil di dalam gambar. Subhanallah.

Melayan perasaan di bumi Kashmir muehehe


Oh, by the way aku cuma pakai smartphone Samsung Galaxy J7+ dan sesekali pakai action camera Eken 4K sepanjang trip kami.

Kami nampak another side of Yousof. Dia buat keputusan sendiri untuk divert dari plan asal ke Yousmarg. Bila kami ajak balik ke Srinagar untuk tengok tulip dia tak mahu. Tetap nak ikut plan dia juga. Bila kami argue dia cakap tak pernah lagi klien dia tak happy macam kami. Pulakkkk..Tapi lepas beberapa ketika Yousof sendiri cakap hari ini dia bawa kami tengok tulip. Esok pagi dia bawa kami ke Yousmarg. OK lega hati kami. Hehe.

Singgah lunch dan solat Zuhur di Sunset Boulevard Restaurant. Kami dapat solat di rumah owner restoran sendiri. Subhanallah cantik sangat rumahnya. Sangat-sangat luas, bersih dan selesa. Sempat berkenalan dengan seorang perempuan (Yasmin) dan anaknya Manha. Sempat aku berseloroh mengatakan nama aku kombinasi nama Fairuz dan nama dia, Yasmin. Dia gelak saja. Baik-baik belaka orang yang kami jumpa hari ini. Alhamdulillah. Oh, aku belajar sesuatu hari ini. Owner restoran ada meletakkan ayat ini: Innallahakhairurraziqin. Allah jualah sebaik2 pemberi rezeki. Benar. Sangat benar.

Rumah owner restoran yang fuhhh cantik sungguh


Lalu di Dal Lake. Besar sungguh Dal Lake ini rupanya. Houseboat kami sendiri pun terletak di salah satu bahagian Dal Lake. Mereka siap ada kempen 'Save Dal Lake' dan 'Keep Dal Lake Clean' lagi untuk memastikan kebersihan Dal Lake.

Melawat Mughal Tulip Garden, tak jauh dari Dal Lake. Bergambar sakan oiii. Tulip belum full bloom lagi masa kami sampai. Mungkin seminggu dua lagi baru full bloom. Tapi tetap cantik viewnya.

Beautiful tulips in Mughal Garden


Sightseeing  naik bot Shikara1 jam di Dal Lake. Memang cantik sungguh pemandangan di sini. Tenang saja rasanya. Tapi ada masa tiba-tiba ada bot Shikara lain datang menjual dari souvenir, makanan macam chicken/mutton tikka hinggalah ke saffron. Kalau tak nak beli, cakap saja tak nak dan ucap 'Thank You' sambil senyum. Mereka OK saja. Siap cakap 'I have tried my best'. Doakan mereka murah rezeki. Begitulah cara mereka mencari duit untuk survive di sini. Hidup mereka tak sama macam kita. Hormat mereka seadanya OK.

Nak beli air mineral dari salah satu shikara. Tengok airnya berbuih dan tutupnya macam dah berbuka. Terus teringat pernah baca di blog mat salleh mana entah, sesetengah mereka hanya refill air biasa dalam botol mineral. Lepas itu jual pada harga standard air mineral. Terus tak jadi beli. Beli air jus 2 kotak saja. Bila beri 100 rp dia cakap tak ada small change. Macam tak nak pulangkan baki. Terus aku buka purse dan beri 50 rp genap. Aku minta dia pulangkan duit 100 rp aku tadi. Hati-hati ya semua. Ini taktik sebahagian dari mereka untuk tidak memulangkan duit baki kita. Bukan semua begitu tapi pesan aku, berhati-hati.

Bot Shikara menyusuri Dal Lake


Lepas dinner sepupu Farouk(Farouk=Orang yang jaga kami di houseboat uruskan makan minum etc) datang menjual kain pasang, pashmina, kaftan etc. Walaupun orang selalu kata penjual di houseboat letak harga mahal, kami rasa kami dapat harga yang OK. Partly sebab kami beli banyak.

Dapatlah ada antara kami beli kain pasang RM30 sehelai, sari gorgette RM120 sehelai dan pashmina(jenis tebal macam alas meja) RM3 sehelai. Aku tak beli langsung sebab tak ada yang aku berkenan. Maybe esok aku cari di tempat lain.

Tips:

- Rate sightseeing bot Shikara 1 jam - 350 rp (RM22) seorang. Tak negotiable.

- Rate Tulip Garden - 59 rp (RM4) seorang. Tak negotiable.

- Tawar kaw-kaw dengan seller di houseboat kalau betul-betul berminat. Ikut nasib kadang-kadang dapat murah sungguh. Kadang-kadang dapat mahal sungguh. Kalau sempat lebih baik banding-bandingkan harga di beberapa lokasi dulu sebelum beli.


Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 5(Sonamarg)

5) Day 5 (Selasa, 27/3/2018)

Kami gerak ke Sonamarg pada pukul 9.00 pagi. Dalam 81 km dari Srinagar.

Singgah bergambar di ladang mustard. Cantik sangat dengan warna kuning yang memukau.

Cantik kan? Mustard yang cantik, bukan aku. Hoho


Lagi 50 km baru sampai di Sonamarg, yang altitudnya 18, 950 kaki dari aras laut.

Kami sewa jeep untuk naik ke atas. Kuda tak ada. Kami difahamkan Sonamarg baru beberapa hari dibuka. Sebelum ini salji sangat tebal di sini.

Point 1-Ambil gambar.

Point 2-Ambil gambar.

Point 3-Ambil gambar. Tempat Salman Khan ditembak dan masuk ke dalam sungai.

Kerdilnya kita di depan ciptaanNya


Tak berjaya pergi ke Thajiwas Glacier. Katanya kena naik kuda baru boleh naik ke sana. Pesan aku: Hati-hati masa tawar harga nak naik ke semua point. Kami rasa macam ditipu sebab tak diberitahu dari awal yang kami takkan pergi ke Thajiwas Glacier sedangkan kami dah bayar untuk jeep, lengkap ke semua point.

Yang lebih menyakitkan hati sebab terbaca post Anita Yusof yang dia cuma perlu naik jet ski harga 1000 rp (RM60)  untuk naik ke atas dan nampak Thajiwas Glacier dan lokasi Salman Khan reunited with Munni. Hampeh betul. Rasa ralat sangat sebab dah sampai tapi tak dapat merasa tengok Thajiwas Glacier.

Lunch di Snowber Hotel and Restaurant. Aku perasan banyak restoran mesti ada menu Chinese food. Bila tanya Yousof, jawapannya pelancong China sangat ramai di Kashmir sebenarnya. Tapi mereka datang pada musim yang lain. Hmmm.. no wonder lah.

Nak solat di masjid berdekatan dengan restoran tapi Yousof cakap masjid di sini tak benarkan perempuan masuk. Akhirnya Yousof bawa kami ke sebuah masjid kecil yang ada ruang solat wanita. Fuhhhh lega.

Masjid tempat kami tumpang solat


Aku suka baca sticker-sticker pada cermin depan/belakang van/bas di sini. Ada yang lawak, ada yang menginsafkan.

Antaranya:

I proud to be Muslim
My middle finger salutes your attitude (Ini legend bagi aku haha)
GIRL=Ghost In Real Life
Ya Allah
Ma Sha Allah
Live Young Live Free

Sayang sekali aku tak sempat nak snap gambar. Sebab kebanyakan masa aku nampak van/bas itu semuanya sedang bergerak. 

Sampai di houseboat pada pukul 6.00 petang.

Tips:
• Pakai sunblock dan spec mata hitam sebab ada juga kawasan yang panas tau.

• Rate jeep + driver di Sonamarg: 750 rp (RM45) seorang. Negotiable.

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 4(Gulmarg)

4) Day 4 (Isnin, 26/3/2018)

Breakfast roti disapu butter, half-boiled egg, serunding dan kari ayam lebihan lauk malam tadi.
Gerak ke Gulmarg pada pukul 8.55 pagi.

Lalu pekan Umerabad, Narbal, Magam dan Kunzar.

Dalam 2 jam perjalanan, kami sampai di Gulmarg. Kami enjoy habis di sini OK. Naik gondola (phase 1 saja), main jet ski dan sledge. Kami tak cuba main ski sebab majoriti kami yang berumur ada yang sakit lutut.


Gondola di Gulmarg

Stand by nak naik jet ski


Lunch dan solat di Pine House Hotel and Restaurant. Solat dalam bilik hotel di tingkat atas. Alhamdulillah selesa semuanya.

Sampai di houseboat pada pukul 6.00 petang.

Tips:

• Rate sewa but: 100 rp - 200 rp (RM6 - RM12) sepasang. Negotiable.

• Rate gondola:

Phase 1- 350 rp (RM21) seorang.

Phase 2 (atas lagi dari Phase 1) - tambahan 900 rp (RM55) seorang.

Tak negotiable.

• Rate jet ski: 2000 rp (RM120) seorang. Negotiable.

• Rate sledge: 500 rp (RM30) seorang. Negotiable.

• Rate ski: 1000 rp (RM60) seorang. Negotiable.

• Rate tips pelbagai manusia dari pengajar jet ski, photographer, pembawa sledge hinggalah penjaga tandas:  10 rp - 200 rp (RM0.60 - RM12). Standby sajalah duit kecil OK.

• Pakai sunblock dan spec mata hitam sebab direct sun di sini walaupun bersalji.

• Bagi yang tak biasa berjalan di atas salji: Hati-hati, step dengan tapak kaki belakang dulu. Supaya kita grip kuat. Pegang tangan pasangan/kawan kita. Kalau salji agak tebal, boleh terseliuh juga kalau salah langkah, tau.

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 3(Pahalgam)

3) Day 3 (Ahad, 25/3/2018)

Breakfast roti disapu butter, omelette,  serunding, sambal bilis dan teh saffron.

Gerak ke Pahalgam pukul 8.00 pagi. Dalam perjalanan kami terserempak dengan berbondong-bondong lori askar India, membawa askar mereka pulang ke India. Yousof kata sebab Ahad cuti, askar India balik ke rumah mereka sana. Macam tukar shift lah. Ada lagi berbondong-bondong askar India lain yang akan masuk ke Kashmir pula nanti.

Bas-bas membawa askar-askar India

Kalian akan nampak banyak sangat askar India berkawal di Kashmir. Jangan risau. Kashmir selamat sebenarnya. Cuma perjuangan orang Kashmir yang nak merdeka dan bebas dari pengaruh India dan Pakistan buatkan India rasa insecure. Jangan terkejut bila dengar orang Kashmir gelar askar India sebagai "Indian Dogs".

Singgah di kedai dry fruit dan saffron. Minum teh Kahwa (Teh dengan hirisan badam dan herba lain) dan cuba lotion saffron.

Teh Kahwa yang boleh tahan sedap


Lalu di pekan Kaigam, banyak kilang2 cricket bat. Banyak sangat kilang kecil dan kedai menjual cricket bat. Juga ada kilang membuat kayu api untuk memasak.

Lalu pekan 'Islamabad' Kashmir i.e. Anantnag.

Lalu pekan kecil Bijbehara.

3 jam perjalanan, kami sampai ke Pahalgam.

Naik kuda 40 km return dengan banyak cerun yang boleh tahan curam, hampir 90 darjah. Kami ditunjukkan lokasi penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan, Pahalgam Valley dan Kashmir Valley semasa dalam perjalanan menaiki kuda.

Melihat kuatnya kuda membawa kami semua sambil naik dan turun bukit/gunung, no wonder lah wujudnya terma horse power atau kuasa kuda dalam teknologi automotif. Kuda bukan saja laju malah kuat dan banyak berbakti kepada manusia.

Kami dan kuda masing-masing


Kemuncak aktiviti kami di Pahalgam adalah Baisron Valley atau dipanggil Mini Swiss. Kawasannya luas menghijau, dengan view yang sangat-sangat cantik.

Baisron Valley atau Mini Swiss


Aku jumpa famous blogger Fatin Liyana dan Anwar Fasal (AFL) secara kebetulan. FL approach aku untuk minta tolong ambilkan gambar mereka duduk di atas kerusi. Aku kena snap dari belakang, tak nak nampak kaki. Haaa... siapa yang follow IG mereka, ketahuilah di sebalik gambar kerusi hijau itu adalah tangan aku yang snap gambar. Kasi can lah aku nak bagi kredit diri sendiri woiii...hahahha.

Lepak atas kerusi di Baisron Valley


Lunch di Paradise Hotel & Restaurant.

Kashmir banyak sangat anjing. Tak nampak seekor pun kucing. Pada pemerhatian aku, anjing-anjing di sini banyak yang terbiar, tidur tepi jalan saja. Kesian juga tengok. Aku tak rasa di sini ada proper kempen atau program pemandulan macam di Malaysia. Malaysia pun masih bertatih dalam animal rights, inikan  pula tempat macam Kashmir. Moga Allah melindungi segala makhluknya yang lemah. Amin.

Hasil carian Google dan bertanya dengan Yousof, rupanya populasi anjing liar di Kashmir sudah sampai tahap setengah juta. Di sesetengah tempat populasi anjing liar melebihi populasi manusia. Yousof cakap anjing-anjing itu dibawa oleh askar India untuk berkawal, kemudian  ditinggalkan begitu saja. Baka anjing-anjing itu hebat-hebat OK. Tapi orang Islam Kashmir tak boleh sentuh anjing. Maka terbiarlah anjing-anjing di bumi Kashmir. Huhu.

Kashmir memang masih struggling untuk mengawal populasi anjing liar di sini. Setiap tahun terdapat  puluhan ribu kes rakyat Kashmir digigit anjing. Itu belum lagi highlight kes rabies. Aku doakan semoga ada penyelesaian terbaik untuk makhluk setia yang tak bersalah ini. Juga untuk kebajikan rakyat Kashmir juga. Amin.

Sedih woo tengok anjing terbiar macam ini


Oh ya. Jangan terkejut dengan budaya kuat hon pemandu kereta dan motor di sini OK. Signal memang sangat jarang digunakan. Hon memanjang, kadang kuat kadang perlahan. Tahan telinga sajalah OK.

Aku perhatikan di sini banyak kereta dari model Suzuki (Swift), Hyundai dan Toyota. Sampai ke model kereta aku observe hahaha. What to do. Aku memang suka memerhatikan hal sekeliling aku.

Solat dan balik ke houseboat. Sampai di houseboat lebih kurang pukul 7.00 malam.

Tips:

• Kalau nak merasa musim epal, ceri, maple dan walnut- datang Kashmir antara bulan September ke Oktober.

• Kalau nak merasa musim mustard- datang Kashmir antara bulan April ke Mei.

• Bawa seluar dan stokin ekstra. Sebab masa naik kuda ada kawasan yang berlumpur. Kuda pula kencing berak sambil jalan. Lumpur bercampur najis terkena seluar dan kasut kita. Lepas itu nak solat pula, kan. Kenalah diyakini bersih. Betul?

• Pakai sunblock sebab panas juga di sini lebih-lebih lagi di Baisron Valley/Mini Swiss.

•Orang tua dan budak kecil tak berapa disarankan mencuba aktiviti berkuda di sini. Memang thrill habis oiii... Kalau nak juga, at your own risk OK.

• Pergi toilet siap-siap sebelum naik kuda. Cuba elakkan dari pergi toilet di Baisron Valley. Dengan tak ada air, kotornya memang hmmm...taubat maksiat oii.

• Rate sewa but: Antara 100 rp - 200 rp (RM6 - RM12) sepasang. Negotiable.

• Rate kuda: 1000 rp (RM60) seorang. Negotiable.

• Rate toilet: 50 rp ke 10 rp (RM0.30 - RM0.60). Tak negotiable. Nak kencing pun nak nego lagi ke? Hoho.

• Rate Baisron Valley: 20 rp (RM1.20) seorang. Tak negotiable.

• Rate tips orang yang bawa kita naik kuda: Antara 100 rp - 200 rp (RM6 - RM12). Negotiable seikhlas hati.

• Ramai seller shawl, key chain dll. akan approach kita nanti. Kalau tak nak beli cakap elok-elok OK. Orang Kashmir kuat usaha nak menjual tapi boleh terima kalau kita tak mahu.

• Tidur secukupnya setiap malam. Sebab setiap hari jadualnya sama: Keluar awal pagi, balik lewat petang.

• Bawa biskut/Fitbar/air mineral. Kadang-kadang lambat nak tunggu masa lunch/dinner. Kalau lapar nanti hilang pula mood kalian.

• Di Kashmir ada polisi 'No Polythene', iaitu no plastic bag. Polisi ini boleh tahan ketat juga. Maka jangan terkejut kalau kita tak dapat plastik bila beli buah atau barang-barang kecil OK. 

Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Part 1(KL-New Delhi)

1) Hari 1 (Jumaat, 23/3/2018)

Flight kami (Airasia) ke New Delhi ("Delhi") berlepas lebih kurang pukul 7.00 malam (waktu Malaysia).

Semasa di dalam flight pramugara/i akan edarkan borang kecil (Arrival card for passengers-Foreigners only) untuk kalian isi. Isi betul-betul sebab nanti kena serahkan di kaunter di airport Delhi.

Arrival card for foreigners only

Sampai di Delhi pada lebih kurang pukul 10.00 malam (waktu India).

Check-in di hotel Viva Palace pada pukul 11.00 malam. Hotel ini terletak berhampiran airport Delhi. Hotel ini OK bagi kami. Luas juga biliknya. Hotel ini baru dibuka pada penghujung tahun 2017. Sarapan juga OK. Standard 3 bintang kalau di Malaysia. 

Kami tidur sekejap. Esok kami kena bangun seawal jam 5.00 pagi untuk flight domestik ke Srinagar pula.

Tips:

• Waktu di Delhi lambat 2 jam 30 minit dari Malaysia. Jangan lupa setting masa di jam tangan dan smartphone (termasuk apps untuk solat) kepada masa India OK!

• Kalau travel lebih dari 1 group/teksi: 

Pastikan SETIAP group/teksi ada info tentang hotel; nama hotel, alamat dan nombor telefon. Sebab? Sebab kadang-kadang pemandu teksi samada buat-buat sesat (untuk dapatkan tambang/tips lebih) atau memang betul-betul sesat.

•Jangan terkejut dengan cara orang Delhi memandu. Memang scary! Banyakkan berdoa semoga trip kita lancar dan tak ditipu.

Teksi kami menghentam kuat sebuah van semasa kami sesat nak cari hotel (betul-betul sesat). Memang trauma OK! Huhu.  Pemandu teksi selamba saja memecut laju (lari lah apa lagi). Nasib baik lepas sampai hotel dia tak minta tips. Fuhh lega.

• Pilih hotel yang dapat rating dan komen positif. Dari pencarian kami, memang hotel-hotel di Delhi jenis no window. Sebab bandarnya sangat berdebu. Lagi satu, pilih hotel yang luas (spacious). Banyak hotel di Delhi jenis yang sempit sebab tanah yang terhad. Ada kawan aku dulu siap terpaksa solat di atas katil sebab tersalah book hotel yang sempit.


Trip Kashmir 7 Hari 6 Malam-Intro

Alhamdulillah aku berjaya ke Kashmir (the Paradise on Earth atau syurga dunia) pada 23/3/2018 - 31/3 2018. Bajet kasar hangus dalam RM3k(flight + ground package + belanja/shopping) juga trip kali ini. Lain orang lain bajet OK. Janji happy. 

Post agak panjang, tapi Inshaallah cukup untuk rujukan kalian. Aku buat 12 post khas untuk Kashmir saja. Sebab? Sebab perjalanan dan pengalaman kami di sini sangat worth writing.

Yang dah pernah sampai di Kashmir:

Mungkin perspektif kita berbeza. Sama-sama kongsi ilmu dan pengalaman OK.

Yang belum pernah sampai di Kashmir:

Aku doakan kalian semua sampai di sini.

Untuk semua yang sudi membaca:

Jangan risau akan peluang untuk travel ke sana sini macam orang lain. Percayalah, semuanya dalam rancangan Allah. Ada rezeki nak travel, sampailah kalian ke tempatnya.

Aku sendiri pun dapat travel semula lepas 2 tahun gersang sebab ada komitmen besar. Kawan-kawan lain dah jauh melangkah, aku masih merangkak. 

Yakin pada rezeki Allah OK. Yang penting pengalaman dan pengajaran dari travel itu sendiri. Biar dengan travel semakin kita merendah diri, bukan meninggi diri. Biar meresap dalam hati, bukan meresap hanya di IG dan FB.

Selamat membaca dan enjoy your trip!


KELANTAN TRIP (30/11/2021 – 2/12/2021)

Holla!!!!!!! Lama sungguh-sungguh tak update blog aku ini aduhai. Boleh pula menghapdet semasa pandemic Covid-19 ni, eh eh eh…. Well, Alhamd...