"You really are a wonder, Auggie. You are a wonder".
Buat kalian yang mahu menonton filem Wonder, cari dialog ini di dalam filem OK.
Itupun kalau kalian sempat. Haha.
Bulan Disember memang banyak filem tapi filem Wonder juga yang menarik hati aku. Aku bukan movie junkie dan review aku bersifat peribadi sebenarnya. Tapi kan...hmmm..filem Wonder ini buat aku speechless nak review apa.
Berkisarkan kisah August Pullman (Auggie) dan makhluk-makhluk di sekelilingnya (termasuk Daisy anjing kesayangan mereka), filem ini bagi aku penuh dengan nilai-nilai murni. Malah kisah cinta kakak Auggie, Olivia (Via) juga dipamerkan dengan begitu ringkas tapi bershemuttttt.
Ya, filem ini tentang Auggie. Auggie yang lahir dengan wajah yang cacat hingga perlu 27 pembedahan. Auggie yang cuba bersekolah biasa, selepas sekian lama home schooling dengan ibunya (Julia Roberts). Tapi kalau kita kecilkan skop hanya kepada kehidupan dan perjuangan Auggie di sekolahnya, aku rasa agak rugi sebenarnya. Silalah fokus kepada semua watak yang ada, sebab setiap watak punya kisah dan mesej yang berlainan.
Aku cuma agak ralat bila kisah dan asal-usul Julian (watak jahat) tak difokuskan dan hanya tamat dengan adegan dia digantung sekolah selepas membuli Auggie. Nasib baik adegan Guru Besar Tushman mengiyakan penyesalan dan memaafkan Julian meneutralkan rasa gundah aku.
Entahlah, aku cuma tak nak watak Julian, anak orang kaya yang spoiled dimatikan tanpa mampu memberikan mesej berguna kepada penonton. Kids must know that they do make mistakes while they are young and they still have a chance to correct it.
Lelaki menangis bila kehilangan anjing kesayangan adalah sangat mengharukan OK! Owen Wilson sebagai bapa Auggie memang tak mengecewakan dalam filem ini. Terserlah sisi prihatin dan penyayang beliau semasa Daisy mati akibat sakit tua. Belum lagi adegan-adegan lain beliau memujuk Auggie. Bapa yang happy go lucky tapi emosional.
Buat kalian yang masih mencari definisi kawan sejati:
Amati watak Jack Will, Summer dan Amos.
Buat kalian yang cuba memahami kawan sedia ada yang berubah tiba-tiba:
Amati watak Miranda, BFF Via. Juga fokus pada nasihat Julia Roberts kepada Via, semasa Via mengadu tentang Miranda.
Kawan sejati takkan biarkan kawan mereka sendirian dan terkapai-kapai.
Selamat menonton buat semua. Takkan rugi kalian memilih filem ini. Oh ya, jangan lupa bawa tisu OK! Manalah tahu. Hehe.